DiberkatiSampel

Blessed

HARI 1 DARIPADA 7

"Puji Tuhan"

Puji Tuhan! Dalam dua perkataan itu adalah permulaan dan dasar berkuasa bagi kehidupan yang diberkati. Ia bermula dengan kesedaran akan siapakah Allah dan memuji-Nya.

Pujian sentiasalah titik permulaannya.  Ia memaksudkan kesyukuran — sebab itulah kita bersyukur sebelum  makan dan memulakan kebaktian dengan nyanyian pujian.  Yesus bermula dengan kesyukuran kepada Allah sebelum Lazarus dibangkitkan daripada kematian, dan Musa memuji Allah sebelum Dia membelah Laut Gelagah. Sifat manusia suka menunggu sehingga selepas jawapan diterima, tetapi berkat bermula dengan pujian. 

Firman Allah memberitahu kita untuk "Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur, pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian" (Mazmur 100:4). Namun, pemujian Tuhan tidak terbatas kepada nyanyian beberapa lagu sekali seminggu semasa kebaktian. Penyembahan adalah gaya hidup yang merangkumi seluruh spektrum kehidupan.

Anda boleh memuji Allah pada bila-bila masa, tujuh hari seminggu — di dalam kereta, semasa mandi atau pada tengah malam. Ia bukanlah tentang nyanyian kidung atau ucapan doa tertentu — ia tentang hubungan dengan Bapa syurgawi anda, yang mengasihi dan menyayangi anda. 

Kita mempunyai idea yang berbeza tentang sifat Allah, dan kita berkomunikasi dengan-Nya berdasarkan persepsi kita. Mereka yang rasa Dia adalah tegar dan serius menjauhkan diri. Yang lain, yang melihat-Nya sebagai formal dan keras, biasanya mendekati-Nya dalam cara yang sama. Walau bagaimanapun, mereka yang mengenali-Nya sebagai Bapa dan Sahabat menikmati
berkat hubungan yang rapat, intim dengan-Nya — di mana anda boleh memanggil-Nya pada bila-bila masa. Apa jua situasi yang dihadapi, anda tidak akan bersendirian.

Keadaan boleh berubah apabila anda mula memuji Allah. Pujian bukan sahaja memfokus
pada-Nya, malah membuat anda melihat keadaan daripada perspektif yang baru sama sekali.

Memuji Allah adalah lebih daripada suatu adat atau peristiwa sekali. Ia adalah gaya hidup penyembahan — ia membolehkan anda meletakkan fokus anda pada Allah, dan ia mengubah perspektif anda terhadap keadaan yang melanda anda. Maka, keluarlah hari ini dalam panggilan Allah terhadap anda dengan pengisytiharan ini sebagai dasar anda:

"Puji Tuhan!"

Perihal Pelan

Blessed

Bagaimanakah anda menjalani kehidupan yang diberkati? Saya percaya setiap orang mengingini dan mencari jawapannya. Antara kepelbagaian watak dalam Alkitab, terdapat seorang yang amat saya kagumi. Namanya tidak dinyatakan, tetapi dia hidup menurut prinsip-prinsip Alkitabiah. Wira Alkitab saya ini ialah orang baik yang digambarkan dalam Mazmur 112.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Brian Houston dan Hillsong kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://BrianCHouston.com