DiberkatiSampel
"Kasih Karunia dan Belas Kasihan"
Orang baik dalam Mazmur 112 digambarkan sebagai seorang yang baik budi dan berbelas kasihan. Dua sifat berkuasa ini jugalah sifat Yesus Kristus.
Kasih karunia Allah tidak dapat diperoleh dan adalah berkelimpahan. Ia adalah kurnia yang percuma. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa kasih karunia sahaja adalah mencukupi — mereka mahu melakukan sesuatu lagi untuk memperolehnya sendiri. Namun Roma 5:20-21 (TB) berbunyi:
"...di mana dosa bertambah banyak, di sana kasih karunia menjadi berlimpah-limpah, supaya, sama seperti dosa berkuasa dalam alam maut, demikian kasih karunia akan berkuasa oleh kebenaran untuk hidup yang kekal, oleh Yesus Kristus, Tuhan kita."
Anda mungkin pernah melakukan kesilapan yang besar dalam hidup anda, tetapi kasih karunia Allah adalah lebih besar daripada dosa anda. Tiada apa-apa lagi yang anda perlu lakukan, melainkan menyerahkan hidup anda kepada Yesus, meminta pengampunan-Nya dan menerima perkenanan dan berkat-Nya yang tidak patut diberikan dalam hidup anda.
Belas kasihan adalah satu lagi sifat Allah yang berkuasa. Setiap kali Yesus tergerak oleh berbelas kasihan, sesuatu yang berkuasa berlaku. "Ketika Yesus mendarat, Ia melihat orang banyak yang besar jumlahnya, maka tergeraklah hati-Nya oleh belas kasihan kepada mereka..." (Matius 14:14)
Apabila menghadapi situasi yang sukar, sifat manusia mudah merasakan simpati, tetapi realitinya adalah simpati tidak selalu perkara yang diperlukan. Simpati berhubungan dengan masalah atau luka itu, tetapi tidak tertumpu pada penyelesaian, yang membantu anda bergerak maju.
Belas kasihan, berserta kasih karunia Allah, adalah daya berkuasa yang mengaktifkan jawapan-Nya untuk hidup anda.
LINGKUNGAN KEHIDUPAN ANDA
Anda mungkin telah jatuh berkali-kali, tetapi kasih karunia Allah adalah lebih kuat daripada kelemahan anda. Jangan mengelirukan simpati dengan belas kasihan dalam orang di sekeliling anda. Jangan putus asa dan carilah jawapan Allah untuk setiap bahagian kehidupan anda. Inilah cara anda bertumbuh dalam menjalani kehidupan yang diberkati.

Perihal Pelan
Bagaimanakah anda menjalani kehidupan yang diberkati? Saya percaya setiap orang mengingini dan mencari jawapannya. Antara kepelbagaian watak dalam Alkitab, terdapat seorang yang amat saya kagumi. Namanya tidak dinyatakan, tetapi dia hidup menurut prinsip-prinsip Alkitabiah. Wira Alkitab saya ini ialah orang baik yang digambarkan dalam Mazmur 112.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Brian Houston dan Hillsong kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://BrianCHouston.com