Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 18 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Daud menggambarkan Tuhan sebagai Gembalanya dan menjangka bahawa ia akan tinggal di rumah Tuhan selama-lamanya.

Apakah maksudnya?

Memanglah menarik bahawa Daud, seorang gembala, menulis mazmur ini daripada perspektif domba. Bertahun-tahun menjaga ternakan telah menunjukkan bagaimana ia serupa dengan haiwan bodoh yang dijaganya. Domba cenderung merayau-rayau. Gembala menggunakan tongkat dan gadanya untuk melindungi dombanya daripada binatang liar dan menarik domba itu bila domba itu merayau-rayau ke tempat yang bahaya. Domba jugalah pengikut, dan ini adalah baik asalkan domba itu mendengar suara gembala. Ia memimpin domba kepada makanan dan air, tempat rehat yang selamat, dan mengharungi lembah yang dalam. Daud tidak mengecualikan waktu gelap daripada kasih dan kebaikan Tuhan; pada waktu inilah ia berhenti bercakap tentang Tuhan dan mula bercakap dengan Dia. Sebagai sebahagian daripada kawanan Tuhan, Daud diberikan kepuasan, haluan, dan perlindungan.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Petikan yang terkenal ini membayangkan Yesus Kristus sebagai Gembala yang Baik (Yohanes 10:11-15). Petikan ini juga mengulang persamaan kita dengan domba. Adakah anda sedang mengikut atau merayau-rayau? Adakah Dia sedang memimpin anda kepada waktu rehat ataupun mengharungi lembah yang dalam dan gelap? Gembala yang Baik akan memberikan anda kepuasan, haluan, dan perlindungan, tetapi anda tidak boleh memandang Tuhan sebagai Gembala anda melainkan anda berserah kepada-Nya sebagai Penyelamat anda. Yesus tidak akan membawa anda ke tempat yang Dia tidak dapat menjaga anda. Ingatlah, lembah itu bukanlah destinasi – ini cumalah sementara. Akhirnya, Dia akan memimpin anda untuk tinggal bersama dengan-Nya selama-lamanya. Terus mendengar suara-Nya … terus mengikut.

Hari 17Hari 19

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org