Diamlah: Panduan Mudah Waktu SunyiSampel
Diamlah: Belajar Berasa Kagum
Dalam petikan hari ini, kita melihat cerita tentang pertemuan antara Yakub dan Allah. Selepas itu, Yakub berkata" "Sesungguhnya, TUHAN hadir di tempat ini dan aku tidak mengetahuinya!”(Kej 28:10-17)
“Sesungguhnya, TUHAN hadir di tempat ini dan aku tidak mengetahuinya!” Saya tidak suka bila itu berlaku kepada saya, mengenang kembali pada hari, bulan, tahun lampau dan berfikir bahawa sesungguhnya Allah hadir di tempat itu dan saya tidak mengetahuinya.
Daya imaginasi kita, keupayaan kita untuk berasa kagum dan merenungi apa yang dilihat, dan diperhatikan, akan meningkatkan kesedaran kita akan Allah dalam kehidupan sehari-hari.
Perkataan imaginasi berasal daripada kata kerja imaginari ‘gambaran bagi diri sendiri’. Memanglah berguna sekiranya anda membayangkan diri sebagai sebahagian daripada cerita Allah yang lebih besar.
Kita boleh menggunakan imaginasi kita untuk menghargai segala sesuatu di sekeliling kita, semua ciptaan Allah. Ini menolong anda untuk mula memerhatikan Allah dalam hal yang biasa dan sehari-hari, menolong anda berasa kagum.
Semua ini boleh dimasukkan dalam waktu sunyi kita, dicatatkan dalam jurnal, direnungi, diucapkan syukur.
Penyembahan timbul daripada kekaguman.
Dalam Kejadian, kita membaca bahawa Allah melihat segala sesuatu yang telah dicipta-Nya, dan Dia berpuas hati dengan semuanya.
Allah merenungkan ciptaan dan berpuas hati melihat hal itu.
Kita tidak harus merenungkan Alkitab sahaja malah merenungkan dunia yang didiami ini. Amalan ini boleh membentuk waktu sunyi kita.
Adakah media kaya fotografik dan imej merampas keupayaan kita untuk mengagumi hal yang biasa, sehinggakan kehidupan hanya kelihatan baik bila dilihat melalui penapis?
Kehidupan terturas boleh merampas kekaguman kita: jika kita tidak berhati-hati, penghargaan kita terhadap hal yang indah menjadi terpesong.
Keindahan wujud dalam roti bakar, dalam kulit yang berkedut, dalam latar langit industri. Keindahan wujud di gurun yang kelihatan gersang. Keindahan wujud di hospital. Keindahan wujud dalam karat.
Kita perlu berhenti, melihat keindahan, dan berasa kagum.
Waktu sunyi kita haruslah lebih daripada sebahagian yang praktikal dalam kehidupan Kristian kita. Waktu sunyi kita merupakan masa kita merenung dengan rasa kagum, rasa hormat dan tertanya-tanya tentang segala sesuatu yang telah dikatakan, dilakukan dan dicipta oleh Tuhan.
Renunglah hari anda dan bersyukur kepada Allah kerana ciptaan-Nya. Anda boleh mencatatkannya dalam jurnal anda.
Apakah yang anda lihat hari ini yang membuat anda berasa kagum? Di manakah anda melihat keindahan?
Perihal Pelan
Diamlah. Bagi sesetengah orang, perkataan ini merupakan jemputan yang dialu-alukan untuk memperlahankan diri. Bagi orang yang lain, perkataan ini seolah-olah mustahil, tidak mungkin tercapai dalam dunia kita yang semakin bising, ataupun terlalu sukar untuk dikekalkan. Brian Heasley menunjukkan bagaimana kita tidak perlu statik supaya hati kita boleh berdiam, dan bagaimana kita boleh menghabiskan masa sunyi bersama dengan Allah di tengah-tengah kehidupan kita yang penuh dan sibuk.
More