Diamlah: Panduan Mudah Waktu SunyiSampel

Be Still: A Simple Guide To Quiet Times

HARI 2 DARIPADA 5

Diamlah: Kuasa Kitab Suci

Kuasa Alkitab adalah luar biasa: pelita yang memimpin aku, dan cahaya yang menerangi jalanku (Mzm 119:105)

Alkitab adalah penting untuk waktu sunyi yang berkesan.

Anda tidak dapat memisahkan Alkitab dan doa. Anda mesti mendekati Alkitab dengan doa, dan anda mesti mendekati doa dengan Alkitab. Tertibnya tidak penting; ada kalanya anda boleh membaca sebelum berdoa, kadang-kadang selepas berdoa. Namun, Alkitab seharusnya sentiasa dekat sementara anda berdoa.

Kita harus memandang Alkitab sebagai penting dalam hidup kita, membenarkannya untuk mencabar, mengilhami, dan membentuk kita serta cara hidup kita.

Perpustakaan Awam New York memiliki Alkitab Gutenberg, kitab penting yang dicetak pertama kalinya di Barat, buku yang menakjubkan dan tidak ternilai. Ketika kitab itu sampai di New York pada tahun 1847, semasa dibawa melalui bangunan kastam, setiap orang berdiri dan menanggalkan topi sebagai tanda hormat terhadap kitab yang luar biasa ini.

Di rumah ibadat Yahudi, Rabbi duduk semasa berkhutbah tetapi berdiri semasa membaca Kitab Suci. Yesus melakukan hal yang sama; kita membaca dalam Lukas 4:16, “Dia berdiri untuk membaca Alkitab." Tradisi Ibrani benar-benar menghormati Kitab Suci—Taurat.

Semasa saya mendekati kitab suci, saya menanggalkan topi saya dan berdiri dengan penuh hormat dengan erti kiasan terhadap kitab yang terletak di riba saya, bersebelahan dengan kopi saya!

Dalam Mazmur 1, pemazmur itu menggalakkan kita untuk merenungi kitab suci siang malam. Apakah maksud "renungan" kepada anda?

Bagi sesetengah orang, renungan tertanam begitu dalam dalam idea meditasi transendental timur sehinggakan mereka melihatnya sebagai bahaya dari segi rohani, atau tidak mempercayainya sama sekali. Hakikatnya, renungan berakar berumbi dalam iman Kristian.

Perkataan "merenung" yang digunakan dalam Mazmur ini menandakan "renungan lisan," seperti merpati yang berkukur berturutan, berdengkur lembut. Perkataan yang sama juga dikaitkan dengan peruminatan—proses lembu memakan rumput untuk mendapatkan semua nutrien.

Ataupun, barangkali, lebih mudah untuk memikirkannya seperti menghisap gula-gula yang keras bukan mengunyahnya; jika kita menghisap gula-gula, kita membenarkan semua rasa gula-gula itu untuk memenuhi mulut kita dan kita betul-betul merasa gula-gula itu. Ada kalanya, dalam pembacaan Alkitab harian saya, saya mengunyah teks dan tidak berhenti untuk merenungi serta menyerap rasa penuh teks yang dibaca itu.

Renungan alkitabiah bukanlah pengosongan fikiran, tetapi pemenuhan minda dan fikiran dengan firman Allah.

Satu cara yang berguna untuk merenungi Alkitab ialah menghafalnya.

Alkitab tertanam dalam hati kita apabila kita menghafalnya. Firman Allah kerap ditemui dalam peranti elektronik kita yang terdekat tetapi sebenarnya kita dipanggil untuk menyembunyikan firman-Nya dalam hati kita, kita melakukan ini dengan mengingati ayat Alkitab. Menghafal kitab suci memindahkannya daripada halaman kitab kepada jiwa kita, daripada kepala kepada hati.

Ada ayat yang harus diingati untuk menolong kita semasa kita tidak dapat tidur pada waktu malam, semasa menghadapi cabaran, semasa berdoa untuk orang lain, semasa bersendirian, semasa menghadapi cubaan, ayat yang dihafal akan memelihara dan menguatkan kita sepanjang hidup kita.

Pilihlah satu ayat hari ini dan menghafalnya sepanjang minggu ini.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Be Still: A Simple Guide To Quiet Times

Diamlah. Bagi sesetengah orang, perkataan ini merupakan jemputan yang dialu-alukan untuk memperlahankan diri. Bagi orang yang lain, perkataan ini seolah-olah mustahil, tidak mungkin tercapai dalam dunia kita yang semakin bising, ataupun terlalu sukar untuk dikekalkan. Brian Heasley menunjukkan bagaimana kita tidak perlu statik supaya hati kita boleh berdiam, dan bagaimana kita boleh menghabiskan masa sunyi bersama dengan Allah di tengah-tengah kehidupan kita yang penuh dan sibuk.

More

Kami bersyukur kepada 24-7 Prayer kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.amazon.com/Be-Still-Simple-Guide-Quiet/dp/0281086338/ref=sr_1_1?dchild=1&keywords=be+still+brian&qid=1633102665&sr=8-1