Diamlah: Panduan Mudah Waktu SunyiSampel
Diamlah: Pergilah ke Seluruh Dunia
Sering kali apabila usia kita meningkat, kita mula menjadi lebih menyerupai ibu bapa kita!
Dalam cara yang sama, hubungan yang berkembang dengan Allah dalam waktu sunyi kita, di tempat yang sunyi, akan memberikan kesan terhadap cara hidup kita.
Dengan kata lain, hal yang berlaku di dalam taman tidak harus kekal di taman itu sahaja—hal itu harus nyata dalam cara hidup kita. Semakin banyak masa yang dihabiskan dengan Allah, semakin kita menyerupai Dia; setakat tertentu kita menjadi bayang Dia.
Semasa waktu sunyi, kita menghirup Allah; kita berhubungan dengan Tuhan. Kita membenarkan hati-Nya untuk menyentuh hati kita dan kita menyesuaikan diri kepada-Nya. Semasa kita menjajarkan diri dengan hati dan kehendak Allah semasa waktu sunyi, Dia mengembangkan fokus kita melewati diri kita dan orang yang terdekat dengan kita.
Sesudah menghirup, kita mesti menghembus. Fikirlah dari segi keadaan semula jadi—kita tidak boleh terus menghirup tanpa menghembus. Kita sihat, kita hidup, apabila kita melakukan kedua-duanya!
Bob Pierce, pengasas World Vision, pernah berkata, “Tuhan patahkan hati saya kerana perkara yang mematahkan hati-Mu." Apabila kita betul-betul berhubung dengan hati Allah semasa waktu sunyi kita, Dia akan mematahkan hati kita demi dunia-Nya. Semasa Allah menyentuh hati kita, Dia mungkin memimpin kita kepada orang atau situasi yang tidak mungkin kita bayangkan.
Amanat yang diberikan kepada murid-murid dalam Matius 28 ialah pergilah ke seluruh dunia dan jadikan mereka murid-Nya. Namun, perkara pertama yang mereka lakukan selepas Yesus naik ke syurga ialah memasuki bilik yang peribadi dan berdoa. Roh Allah datang dengan berkuasa, mereka terdorong untuk meninggalkan bilik rahsia itu, keluar daripada tempat yang sunyi, ke tempat yang penuh sesak di mana mereka mengkhabarkan berita baik tentang Yesus.
Gereja dilahirkan pada hari itu.
Ini menjadi ritma yang berterusan; mereka tidak berdoa dan menemui Roh Kudus sekali sahaja, ini berlaku berulang kali. Inilah misi, bahawa kita berkongsi kasih yang kita temui.
Limpahan semula jadi waktu sunyi ialah anda akan berusaha untuk menjadikan lebih banyak orang murid; sudah tentu kasih yang kita alami ini adalah terlalu besar untuk disembunyikan untuk diri sendiri? Ini adalah mengujakan dan menggentarkan; ada kalanya kita mahu tinggal di taman sendiri, menikmati hadirat Yesus dengan selesa, menjadi murid-Nya, belajar daripada-Nya.
Doa ialah doa; doa bukanlah minyak untuk misi ataupun strategi untuk misi. Namun, doa sentiasa tempat lahir misi.
Bagaimanakah anda boleh berkongsi kasih Kristus hari ini?
Bagaimanakah anda boleh mencerminkan Bapa syurgawi anda kepada orang lain?
Untuk membeli Be Still oleh Brian Heasley, klik di sini .
Kitab
Perihal Pelan
Diamlah. Bagi sesetengah orang, perkataan ini merupakan jemputan yang dialu-alukan untuk memperlahankan diri. Bagi orang yang lain, perkataan ini seolah-olah mustahil, tidak mungkin tercapai dalam dunia kita yang semakin bising, ataupun terlalu sukar untuk dikekalkan. Brian Heasley menunjukkan bagaimana kita tidak perlu statik supaya hati kita boleh berdiam, dan bagaimana kita boleh menghabiskan masa sunyi bersama dengan Allah di tengah-tengah kehidupan kita yang penuh dan sibuk.
More