Diamlah: Panduan Mudah Waktu SunyiSampel
Diamlah: Di Manakah Taman Anda?
Dalam petikan hari ini, kita membaca tentang niat asal penciptaan Allah: berjalan dan bercakap dengan Adam dan Hawa secara tetap.
Terdapat satu frasa yang menakjubkan dalam Mazmur 46:10 yang berbunyi ‘Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah’.
Ini merupakan jemputan berdiam diri dan pengetahuan tentang Allah yang bergema sepanjang sejarah.
Kebanyakan pagi saya bangun, membancuh kopi, mengeluarkan jurnal, Alkitab dan buku saya lalu duduk di kerusi yang sama di satu penjuru bilik tamu saya. Saya menenangkan diri dan menyiapkan diri dalam persekitaran yang sesuai untuk menemui Allah.
Saya mempercayai bahawa doa—penumpuan pada hubungan, pertemuan, dan perbualan dengan Allah—ialah punca segala kelakuan kita. Hidup yang tidak bertujuan diberikan makna dalam hubungan dengan Allah. Hubungan ini berkembang dalam komuniti dan melalui pemuridan, tetapi juga melalui pembangunan dan perkembangan hidup renungan peribadi kita
Sebagaimana Adam dan Hawa berjalan bersama dengan Allah setiap hari, kita boleh berkembang dalam hubungan kita dengan Dia melalui pengamalan waktu sunyi: bertujuan menyesuaikan diri dengan Allah secara khusus melalui doa, pembacaan Alkitab dan renungan. Waktu sunyi bukan waktu kita bercakap dengan Allah sahaja malah waktu Allah bercakap dengan kita.
Waktu sunyi melibatkan pertemuan Allah. Perkataan pertemuan bermaksud 'berjumpa'.
Kesengajaan ialah kunci. Alkitab bermula dengan pertemuan sengaja yang tetap di tempat yang khusus pada masa tertentu.
Seperti yang dibaca hari ini, ruang asal untuk manusia menemui Allah bermula di sebuah taman.
Allah berjalan untuk berseronok-seronok dengan Adam dan Hawa setiap hari! Inilah niat asal penciptaan.
Bayangkan mereka berhenti, menunggu dan mendengar, mendiamkan diri untuk menyiapkan diri demi berjalan dan bercakap dengan Allah. Inilah keadaan waktu sunyi yang asal.
Kita perlu menetapkan ruang dalam hidup kita secara sengaja untuk pertemuan tetap, ruang berjalan, bercakap dan mendengar Allah.
Di manakah taman anda?
Perkataan Ibrani untuk taman ialah ‘gannah’, yang bermaksud, "tempat tersembunyi atau terlindung." Kita memerlukan tempat yang tersembunyi untuk menemui Allah.
Musim hidup akan berubah dan pasti ada masa berdiam diri adalah lebih mudah daripada masa yang lain. Anda mungkin meluangkan sejam sehari, ataupun beberapa minit antara aktiviti anda. Allah faham tetapi Dia juga menginginkan anda.
Di manakah tempat anda untuk berdiam dan menemui Dia?
Perihal Pelan
Diamlah. Bagi sesetengah orang, perkataan ini merupakan jemputan yang dialu-alukan untuk memperlahankan diri. Bagi orang yang lain, perkataan ini seolah-olah mustahil, tidak mungkin tercapai dalam dunia kita yang semakin bising, ataupun terlalu sukar untuk dikekalkan. Brian Heasley menunjukkan bagaimana kita tidak perlu statik supaya hati kita boleh berdiam, dan bagaimana kita boleh menghabiskan masa sunyi bersama dengan Allah di tengah-tengah kehidupan kita yang penuh dan sibuk.
More