Diamlah: Panduan Mudah Waktu SunyiSampel

Be Still: A Simple Guide To Quiet Times

HARI 4 DARIPADA 5

Diamlah: Ketabahan Tersembunyi

Budaya pengumuman adalah benar.

Kita hidup dalam dunia di mana wujudnya tekanan dilihat; kita memandang kekili orang lain dan berasa terpaksa mengumumkan versi diri kita yang dibina dengan teliti.

Salah satu unsur waktu sunyi yang perlu ialah kegiatan ini harus dilakukan secara rahsia. Secara tersembunyi.

Dalam 1 Raja-raja 17, Elia tampil di tempat yang penting, di istana Raja Ahab, di mana ia mengkhabarkan firman Allah yang akan memberikan kesan yang mendalam terhadap negeri itu, katanya “Selama dua atau tiga tahun tidak akan ada embun ataupun hujan, sehingga hamba mengatakan ada hujan.”

Itu memanglah suatu pengumuman yang besar.

Dalam ayat seterusnya, Allah berkata kepada Elia, "Tinggalkanlah tempat ini dan pergilah ke sebelah timur. Bersembunyilah." Elia bergerak dengan cepat daripada kedudukan yang penting kepada persembunyian.

Bersembunyilah!

Di tempat persembunyian, Elia menerima peruntukan yang luar biasa daripada Allah; bersembunyi di tempat yang tidak dapat didatangi berdekatan dengan sebatang sungai yang kecil, makanannya dihantar oleh burung gagak setiap hari.

Keadaan ini sungguh jauh di luar zon selesanya. Ia berjauhan dari istana diraja; berada di tempat yang terpencil, di mana ia bergantung sepenuhnya pada Allah untuk makanan dan penghiburan. Selepas suatu tempoh, sungai itu menjadi kering dan Elia berpindah ke kawasan musuh di mana seorang balu menjaganya secara luar biasa. Ini merupakan suatu cabaran lagi bagi Elia.

Lelaki yang bergantung pada Allah yang meminta pertolongan seorang balu, yang bergantung pada kebajikan, merupakan larangan budaya dan amat menundukkan. Namun, pada waktu kerendahan hati inilah Allah bertindak secara luar biasa; Dia memberikan bekalan tepung dan minyak yang tidak akan habis bagi Elia dan keluarga balu itu.

Tiga tahun selepas Allah mengarahkan Elia untuk bersembunyi, Allah bercakap kepadanya, "Pergilah, tunjukkanlah dirimu kepada Ahab” (1 Raja-raja 18:1). Elia balik dan mengumumkan bahawa hujan akan turun.

Bayangkan betapa kecewanya penantian itu?

Dalam budaya yang kelihatannya mengutamakan kepentingan, kemasyhuran, pengakuan, dan pengesahan awam, bagaimanakah seseorang itu menghadapi dan mengatasi idea penyembunyian?

Di tempat penyembunyianlah kita belajar tentang Allah, kita bergantung pada-Nya, menerima penghiburan dan makanan daripada-Nya, kita mula mempercayai bahawa Dia tahu apa yang sedang dilakukan-Nya, di sinilah pengajaran kita adalah tersendiri dan ada kalanya bermaksud kita diberikan makanan oleh burung gagak dan dijaga oleh balu. Persembunyian menyediakan kita untuk waktu kita akan dilihat.

Dalam persembunyian, kita juga mempelajari ketabahan: 1 Raja-raja 17 merupakan bab yang meliputi 3 tahun: tempoh persembunyian yang berlanjutan.

Roma 12:2 mengarahkan kita: "Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir.”

Sekiranya kita mengekalkan waktu sunyi kita dan, tidak mengikut kebiasaan dunia ini, kita mesti memahami bahawa salah satu penggerak budaya kita ialah kesegeraan.

Kita perlu belajar seni ketabahan dalam budaya kesegeraan ini.

Buatlah senarai hari ini untuk diselitkan dalam Alkitab anda, atau di tempat yang kerap dipandang. Buatlah keputusan untuk berdoa secara tetap dan konsisten untuk orang dan situasi dalam senarai anda, walaupun penerobosan mungkin memakan beberapa tahun.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Be Still: A Simple Guide To Quiet Times

Diamlah. Bagi sesetengah orang, perkataan ini merupakan jemputan yang dialu-alukan untuk memperlahankan diri. Bagi orang yang lain, perkataan ini seolah-olah mustahil, tidak mungkin tercapai dalam dunia kita yang semakin bising, ataupun terlalu sukar untuk dikekalkan. Brian Heasley menunjukkan bagaimana kita tidak perlu statik supaya hati kita boleh berdiam, dan bagaimana kita boleh menghabiskan masa sunyi bersama dengan Allah di tengah-tengah kehidupan kita yang penuh dan sibuk.

More

Kami bersyukur kepada 24-7 Prayer kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.amazon.com/Be-Still-Simple-Guide-Quiet/dp/0281086338/ref=sr_1_1?dchild=1&keywords=be+still+brian&qid=1633102665&sr=8-1