Perjalanan HabakukSampel
"Menemui Habakuk (Sambungan)"
Fikiran Penulis:
1. Apakah tema yang paling menonjol kepada anda semasa membaca Habakuk 1?
Terdapat tema komprehensif "mengapakah Allah membenarkan kejahatan untuk menimpa kebaikan."
Soalan ini ialah soalan yang menjadi sebahagian yang besar daripada kehidupan sekarang ini. Semasa kita memandang dunia kita, kita sering mengutarakan soalan ini. Walau bagaimanapun, sebenarnya, ini ialah soalan yang salah. Soalan yang lebih baik ialah "apakah yang dilakukan oleh Allah melalui semua kejahatan ini"?
2. Mengapakah anda rasa kitab ini dimasukkan ke dalam Kanon? Pada pendapat anda, apakah tujuan Allah bagi bab ini?
Semasa saya membaca ini, saya segera memerhatikan bahawa Habakuk mempersoalkan Allah kerana tidak campur tangan. Fikiran saya tertarik kepada dua arah: Pertama, itu merupakan tindakan yang berani dan kedua, mengapakah ia begitu berani?
Bab ini ialah demonstrasi kasih kurnia dan kasih. Sebagai orang Kristian, kita mengetahui bahawa Allah memiliki kuasa yang tertinggi atas segala sesuatu yang telah atau akan berlaku. Oleh itu, kita rasa seolah-olah mempertikaikan hal yang kita tidak faham bermaksud mempertikaikan kuasa Allah.
Inilah tujuan kitab ini. Memanglah tidak apa untuk memiliki soalan dan mengutarakannya kepada Allah. Allah tidak mencipta kita untuk menjadi dron tidak berakal yang berjalan terus dan menjadi orang Kristian pemotong kuki yang sama. Sesungguhnya tidak apa untuk menanya Allah mengapa keadaan menjadi sedemikian dan apa yang sedang dilakukan-Nya. Jawapan-Nya kepada Habakuk bukan rancangan yang terperinci: intinya ialah Allah mengetahui bahawa keadaannya kelihatan teruk, tetapi ia terletak di bawah kawalan-Nya.
3. Apakah perkara yang membimbangkan semasa penulisan kitab ini?
Kekacauan awam berlaku di sekelilingnya. Bangsa Israel takut sementara orang Babilonia menjadi semakin kuat. Mereka mara dan menakluk banyak negeri. Israel takut bahawa mereka ialah sasaran seterusnya. Habakuk memandang negeri jiran dan menyaksikan kemakmuran serta kejayaan tentera bangsa yang Israel anggap sebagai jahat. Melihat ini dan menyedari bahawa Israel disasarkan oleh mereka dan bahawa Israel adalah lebih curang daripada benar, apatah lagi hukum Allah yang diabaikan sementara kejahatan seolah-olah dibalas baik.
4. Bagaimanakah ia dikaitkan dengan zaman sekarang ini?
Sekarang ini generasi kita telah mengaburkan garis antara kebaikan dan kejahatan. Atas adalah bawah dan kucing bermain dengan anjing, jadi apakah yang betul? Apabila kita memandang di sekeliling kita, kita rasa kita perlu bertanya, tetapi kita berasa takut. Sesetengah orang rasa takut untuk bertanya dan yang lain pula takut akan jawapannya. Pelajarannya ialah memahami, menanya, tetapi mengetahui bahawa Allah menguasai kita dan Dia mempunyai rancangan. Kita melihat musuh mara dan orang Kristian diserang di seluruh dunia, tetapi ada terang bagi kita. Habakuk ialah persediaan untuk keupayaan kita bercakap secara terbuka dengan Bapa kita. Satu hadiah yang kita terima daripada Yesus ialah kita boleh mendekati Dia secara langsung tentang apa-apa sahaja dan pada bila-bila masa. Bercakaplah dengan Bapa anda kerana Dia selalu mengambil berat tentang hal yang merisaukan anda.
Cabaran:
Baca Habakuk sekali lagi dan cuba mencerap mesej itu sebagai harapan untuk masa depan.
Semasa Habakuk menulis ini, ia melihat perbuatan membinasa orang di sekelilingnya, namun ia tidak kembali kepada kitab suci yang dipelajarinya semasa kecil. Kejadian 50:20 menyatakan, "Kamu sudah bermuafakat untuk melakukan kejahatan kepadaku, tetapi Allah mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan, supaya banyak orang dapat diselamatkan seperti yang terbukti sekarang." Ini ialah kata-kata Yusuf kepada saudaranya. Mereka telah menjualnya untuk menjadi hamba dan apabila mereka bertemu semula, mereka takut Yusuf akan membalas dendam; tetapi Yusuf tidak pernah meninggalkan kepercayaannya terhadap rancangan Allah. Dalam setiap situasi yang teruk, ada hal positif yang akan terhasil daripadanya meskipun kita tidak dapat melihatnya.

Perihal Pelan
Pelan ini ialah perjalanan mengharungi waktu sukar dengan Habakuk.
More
Kami berterima kasih kepada Tommy L. Camden II kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://portcitychurch.org/