Perjalanan HabakukSampel

Habakkuk's Journey

HARI 4 DARIPADA 6

"Menanti-nanti Allah (Sambungan)"

Fikiran Penulis:
1. Tumpukan perhatian pada ayat 1 untuk seketika dan berfikir tentang kepentingan ayat ini. Jelaskan fikiran anda tentang perkara ini.

Habakuk yakin akan hal yang dilakukannya. Ia menantikan jawapan Allah, tetapi mengapakah ayat 1 itu begitu penting? Jawapan yang mudah ialah ayat ini menunjukkan bagaimana kita seharusnya menantikan jawapan Allah. Sementara ia menantikan respons, ia tidak berganjak. Sebagai bekas tentera marin, saya tahu kepentingan tidak berganjak daripada kedudukan anda dan sentiasa berjaga-jaga semasa berbuat demikian.

Habakuk tidak duduk dan berkata saya akan bertindak sebaik sahaja saya mendapat jawapan, sebaliknya ia berkata saya akan terus berkawal sementara menantikan jawapan Allah. Satu lagi hujah yang harus diperhatikan ialah Habakuk merancang jawapannya kepada jawapan Allah. Ia menyediakan dirinya untuk memberikan respons terhadap Allah.

Ini mengingatkan saya tentang kempen politik. Apabila seseorang calon itu bertanding bagi memegang suatu jawatan, ia biasanya bersedia untuk mana-mana satu keputusan. Biasanya, ia menyediakan ucapan pelantikan dan ucapan penyerahan. Ini merupakan satu cara untuk menunjukkan bahawa ia sanggup berserah kepada kuasa yang memerintahnya. Bagi pegawai yang dipilih, ia ialah pilihan rakyat dan bagi Habakuk ia ialah pilihan Allah.

2. Bagaimanakah Allah memilih untuk menjawab Habakuk dan apakah yang dikatakan oleh jawapan ini tentang cara kita harus mendengar?

Seperti yang kita ketahui, cara Allah tidaklah selalunya apa yang kita jangkakan atau fikirkan. Allah memutuskan untuk memberitahu Habakuk untuk mengambil perhatian terhadap sesuatu yang akan berlaku kelak. Ada kalanya, ia sukar diterima. Dalam generasi sekarang ini, kita dikelilingi oleh kepuasan segera. Kita hidup dalam generasi gelombang mikro yang inginkan hasil sekarang juga. Kita mahu penyelesaian untuk berlaku dengan serta-merta, tetapi itu tidaklah selalu perkara yang terbaik untuk kita.

Allah mengetahui ini dan menggunakan masa ini untuk memberitahu Habakuk, agar bersabar, kerana keadaan tidak sentiasa sama dengan apa yang dilihat itu. Ia mungkin kelihatan seperti situasi yang mustahil, tetapi Allah mengetahui apa yang sedang dilakukan-Nya. Kesabaran bukanlah sikap baik yang mudah dinyatakan. Kesabaran bermaksud kadang-kadang anda perlu menantikan Allah untuk menyelesaikan kerja-Nya sebelum anda memutuskan untuk bergerak. Itulah yang bakal dialami oleh Habakuk. Ia ialah masa untuk Allah bergerak dan untuk ia bersabar.

3. Pada pendapat anda, mengapakah Allah menggunakan perkataan "malangnya" semasa bercakap dengan Habakuk dan bukannya perkataan lain seperti "terkutuklah"?

Malangnya ialah istilah yang digunakan untuk simpati. Ini merupakan satu cabaran kepada pembaca dan bukanlah kenyataan am. Memanglah mudah untuk berkata, "lihatlah segala kejayaan mereka, saya berharap saya memiliki sebahagian daripadanya." Hal yang Allah ingin tekankan kepada kita ialah orang yang disenaraikan itu tidak harus dicemburui, tetapi kita harus berasa sedih terhadap mereka. Tidaklah dalam cara yang membuat kita menilai mereka, tetapi dalam cara yang membuat kita berseru dalam doa untuk mereka. Kehidupan berdosa bukanlah sesuatu yang harus dicemburui.

Kapil Dev, bekas pemain kriket dari India, berkata dengan baik sekali, "Dalam jangka panjang, saya percaya kejujuran pastinya hal yang terbaik. Kita boleh melepaskan diri dengan ketidakjujuran untuk jangka pendek, tetapi akhirnya, kejujuranlah yang berfaedah." Orang yang tidak jujur sentiasa bimbang bahawa ketidakjujurannya akan dibalas balik dan itu bukanlah cara menjalankan hidup yang telah diberikan kepada anda.

4. Bagaimanakah kita boleh menerapkan ini dalam kehidupan harian kita?

Terdapat banyak cara praktikal untuk menerapkan apa yang diajar oleh bab ini, tetapi barangkali hal terbaik ialah bersabar dengan Allah kerana Dia tidak meninggalkan anda. Anda tidak boleh meninggalkan kedudukan rohani anda sementara anda menantikan Allah untuk menjawab soalan anda. Allah ialah sempurna dalam segala hal, termasuk masa-Nya, dan jika kita meninggalkan kedudukan rohani kita sementara menanti-Nya, kita sama seperti hamba dengan satu talenta dalam Matius 25:24-26.

24 "Kemudian hamba yang menerima satu talenta itu datang lalu berkata, 'Tuan, aku tahu tuan berhati batu. Tuan menuai tanpa menyemai, memungut hasil tanpa menabur benih.

25 Jadi aku takut, lalu kusorokkan satu talenta tuan itu di dalam tanah. Lihat, itulah hak milik tuan.'

26 Tetapi tuannya menjawab, 'Hai hamba yang zalim dan malas, kamu tahu aku menuai tanpa menyemai, memungut hasil tanpa menabur benih."
Taat mengerjakan apa yang telah diberikan kepada anda oleh Allah dan Dia akan memberkati anda. Jangan inginkan apa yang tidak dimiliki, tetapi dalam segala hal bersyukur kepada pencipta alam semesta.

Cabaran:
Luangkan masa untuk merenungkan apa yang anda miliki dan bagaimana anda memilikinya. Bercakaplah dengan Allah dan menyatakan kesyukuran anda terhadap-Nya. Cabaran terbesarnya ialah memberitahu Allah bahawa anda akan terus berjaga-jaga sementara menantikan-Nya.
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Habakkuk's Journey

Pelan ini ialah perjalanan mengharungi waktu sukar dengan Habakuk.

More

Kami berterima kasih kepada Tommy L. Camden II kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://portcitychurch.org/