Perjalanan HabakukSampel

Habakkuk's Journey

HARI 1 DARIPADA 6

"Menemui Habakuk"

Renungan:
Habakuk ialah kitab yang mudah menimbulkan ketidakpastian dan merangsang fikiran. Memanglah mudah untuk mencabar dan sukar dicabar. Sebagai lelaki dan perempuan yang mempercayai Allah, kita mesti sanggup melakukan kedua-duanya. Saya sedar bahawa saya cepat mencabar orang lain, tetapi apabila saya dicabar, pendirian semula jadi saya adalah bersikap mempertahankan diri. Menerima cabaran yang diberikan kepada anda oleh Allah demi pertumbuhan peribadi menjadi tindakan pelayanan terhadap Allah.

Soalan Renungan Peribadi:
Luangkan masa untuk berfikir tentang soalan berikut sebelum meneruskan. Jawablah soalan ini dengan terus-terang dan terperinci serta bersiap sedia untuk fikiran penulis pada hari seterusnya.

1. Apakah tema yang paling menonjol kepada anda semasa membaca Habakuk 1?

2. Mengapakah anda rasa kitab ini dimasukkan ke dalam Kanon? Pada pendapat anda, apakah tujuan Allah bagi bab ini?

3. Apakah perkara yang membimbangkan semasa penulisan kitab ini?

4. Bagaimanakah ia dikaitkan dengan zaman sekarang ini?
Hari 2

Perihal Pelan

Habakkuk's Journey

Pelan ini ialah perjalanan mengharungi waktu sukar dengan Habakuk.

More

Kami berterima kasih kepada Tommy L. Camden II kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://portcitychurch.org/