Perjalanan HabakukSampel
"Mempercayai Allah (Sambungan)"
Fikiran Penulis:
1. Apakah tema yang paling menonjol bagi bab ini? Tema yang menonjol ialah kekuatan dan kuasa Allah.
Habakuk beralih daripada penuh tanda tanya kepada menantikan Allah dan akhirnya memuji Allah. Ia memahami bahawa Allah mempunyai rancangan dan Dialah satu-satunya yang boleh mencapainya. Semasa kita menjalankan hidup, kita akan berhadapan dengan banyak senario yang serupa dan hal yang penting ialah bagaimana kita memutuskan untuk mengendalikannya. Sebagai makhluk yang dicipta menurut gambar Allah dan diberikan kehendak bebas, kita berupaya melaksanakan pelbagai perkara, tetapi yang pentingnya, Dia mencari kepercayaan kita.
Kadang kala Allah akan membenarkan situasi di luar kemampuan kita supaya apabila Dia membawa kita kembali kita akan sedar Dialah yang campur tangan. Dengan demikian, Dia mengesahkan semula kasih-Nya bagi kita dan mengingatkan kita meskipun kita kelihatannya berjalan bersendirian, Allah tidak, dan tidak mungkin akan meninggalkan kita.
2. Apakah kepentingan "sela" dan bagaimanakah kita harus memberikan respons terhadapnya?
Sela ialah salah satu perkataan dalam Alkitab yang merangsang fikiran banyak sarjana. Kenyataannya memanglah mustahil untuk mengetahui keseluruhan maksud perkataan itu memandangkan tiada terjemahan langsung diketahui. Memikirkan itu, ada pemeriksaan sepenuh terhadap konteks penggunaannya demi lebih memahami maksud sebenarnya. Maka, menumpukan perhatian pada konteks penggunaannya, dipercayai ramai bahawa ia mempunyai maksud yang sama dengan istilah muzik, "rehat."
Berfikir demikian bermaksud menggunakannya sebagai jeda; berhenti sejenak daripada menyatakan sesuatu. Ini merupakan waktu renungan, meresap apa yang baru dibaca dan betul-betul menumpukan perhatian pada perkataan tersebut. Sesuatu yang penting dinyatakan pada waktu pujian ini dan penulis ingin memastikan ada masa untuk meresapnya.
3. Mengingat kembali tema yang menonjol itu: Apakah yang ingin disampaikan oleh Habakuk kepada pembacanya?
Habakuk menegaskan kepentingan memahami siapa itu Allah kepada pembacanya. Memahami Allah dalam kebijaksanaan, kuasa dan kasih-Nya yang tidak terbatas bermaksud mengenali siapa yang anda boleh percayai sepenuhnya. Memanglah mudah untuk mempersoalkan apa yang sedang dilakukan oleh Allah dan sukar untuk mempercayai bahawa Dia tahu apa yang sedang dilakukan-Nya. Sebagai manusia biasa, kita tidak memiliki pandangan tidak terbatas tentang masa lalu, sekarang ini dan masa depan, oleh itu kita kerap mengelak daripada mempercayai bahawa Allah berkuasa. Memanglah normal untuk rasa ragu-ragu dan bimbang, pada waktu itulah iman campur tangan. Habakuk menutup dengan baik sekali:
18 aku akan bersukacita dan bergembira selalu,
kerana Engkau TUHAN Allah yang menyelamatkan aku.
19 Engkaulah TUHAN Raja yang memberi aku kekuatan,
seperti kaki rusa, kakiku Engkau kukuhkan,
dan keselamatanku Engkau jaga di pergunungan.
Penyerahan dan kepercayaan inilah yang penting. Habakuk menunjukkan sepenuhnya kekuatan dan kuasa Allah dan sebab kita boleh mempercayai-Nya dalam semua lingkungan kehidupan kita.
4. Bagaimanakah kita menerapkan ini dalam dunia kita sekarang ini dan dalam kehidupan harian kita?
Jawapan yang mudah ialah lebih mempercayai Allah. Lebih senang bercakap daripada membuat dalam banyak keadaan. Kenyataannya ialah semasa kita mula mengalami kesukaran, kita kerap bergantung pada diri sendiri dahulu kemudian memandang ke luar. Apabila kita menyedari bahawa kita tidak dapat melakukannya sendiri, sering kali kita cenderung berasa cemas dan bukannya mengalami kedamaian Allah. Mempunyai keyakinan dalam Allah tidak bermaksud sekadar mempercayai-Nya, tetapi menyedari bahawa Dia akan memelihara anda dan tidak mungkin meninggalkan anda.
Kembali kepada soalan itu. Semasa anda menyertai dunia di sekeliling anda, ingatlah bahawa sesetengah perkara terletak di luar kawalan anda dan itulah sebab Allah ada di sini. Tiada apa-apa yang terlepas daripada perhatian-Nya dan segala sesuatu akan menerangkan kepada-Nya. Hafal Amsal 3:5: Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.
Cabaran:
Terdapat beberapa perkara yang saya ingin mencabar anda untuk lakukan dengan bab ini. Pertama, baca Habakuk 3 sekali lagi dan berhenti sejenak untuk berfikir tentang apa yang sedang dibaca. Fikirlah tentang implikasi apa yang dikatakan oleh Habakuk kepada kita tentang Allah dan sifat-Nya.
Kedua, kita perlu berfikir tentang cara untuk mengerjakan kepercayaan kita dalam Allah setiap hari. Apabila kita bergantung pada Dia untuk hal yang kecil dalam hidup kita, ia menjadikannya lebih mudah untuk bergantung pada-Nya apabila sesuatu yang besar melanda kita. Renungkan Yakobus 4:8:
Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu. Basuhlah tangan kamu, hai kamu yang berdosa! Sucikanlah hati kamu, hai kamu yang munafik!
Luangkan masa untuk bergantung pada Allah dan mencari-Nya dalam Firman-Nya. Dekati Dia dan Dia akan mendekati anda. Allah tidak memaksa dan Dia tidak membuat anda membenarkan Dia untuk membantu anda. Ia semestinya keputusan anda sendiri untuk mempercayai Allah dan melepaskan kehendak anda untuk kehendak-Nya. Dengan berbuat demikian, anda akan mendapati diri lebih tenang dan terhibur. Kita tidak boleh membiarkan kekhuatiran dunia sekarang ini untuk menguasai fikiran kita dan menjauhkan kita daripada ketenangan fikiran Allah.
Jika kita membiarkan fikiran kita melayang-layang, ia akan menguasai kita. Kawallah fikiran anda dan terus berfikir tentang Kristus dan tindakan anda akan mencerminkan Dia.

Perihal Pelan
Pelan ini ialah perjalanan mengharungi waktu sukar dengan Habakuk.
More
Kami berterima kasih kepada Tommy L. Camden II kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://portcitychurch.org/