Perjalanan HabakukSampel
"Mempercayai Allah"
Renungan:
Sebagai orang Kristian, kita sering memikirkan kasih Allah dan memandang belas kasihan-Nya. Kita kerap terlupa bahawa dalam kasih-Nya ada kemurkaan juga, tetapi persoalannya ialah mengapakah kita lupa akan hal ini? Pengorbanan Dia untuk kita merupakan anugerah kasih yang begitu besar sehinggakan ia dengan mudahnya menyebabkan gambaran kemurkaan-Nya lemah. Satu kebenaran yang mudah adalah menonjol; Allah ialah Allah yang adil dan Dia tidak akan mencurahkan kemurkaan-Nya ke atas dunia yang tidak wajar dan Allah bukanlah penuh dendam. Kasih-Nya untuk manusia adalah begitu besar sehinggakan ia kerap menyebabkan-Nya untuk menentang apa yang diinginkan-Nya.
Saya pernah dengar seorang apologis ditanya, "Jika Allah begitu penyayang, mengapakah Dia menghantar orang ke neraka?" Jawapannya mengubah pemikiran saya. Memparafrasakan petikan itu, "Berada di neraka bermaksud terasing daripada Allah dan dalam hal itu, Allah sebenarnya bersikap penyayang dengan menghormati kebebasan untuk memilih. Jika seseorang itu memilih untuk menjauhi Dia dalam hidupnya, Dia tidak akan memaksanya untuk menyertai-Nya dalam kematian." Implikasi ini adalah mengagumkan memandangkan 2 Petrus 3:9 memberitahu kita:
Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.
Soalan Renungan Peribadi:
Luangkan masa untuk berfikir tentang soalan berikut sebelum meneruskan. Jawablah soalan ini dengan terus-terang dan terperinci serta bersiap sedia untuk fikiran penulis pada hari seterusnya.
1. Apakah tema yang paling menonjol bagi bab ini?
2. Apakah kepentingan "sela" dan bagaimanakah kita harus memberikan respons terhadapnya?
3. Mengingat kembali tema yang menonjol itu: Apakah yang ingin disampaikan oleh Habakuk kepada pembacanya?
4. Bagaimanakah kita menerapkan ini dalam dunia kita sekarang ini dan dalam kehidupan harian kita?

Perihal Pelan
Pelan ini ialah perjalanan mengharungi waktu sukar dengan Habakuk.
More
Kami berterima kasih kepada Tommy L. Camden II kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://portcitychurch.org/