Mengasihi Seperti YesusSampel

Love Like Jesus

HARI 13 DARIPADA 13

Mengasihi Seperti Yesus BERMAKSUD Mengasihi Yesus

Apabila keluarga saya mula mengambil anak angkat, kami menghadiri satu parti Krismas untuk keluarga angkat yang dianjurkan oleh gereja yang tidak pernah dikunjungi kami daripada denominasi yang lain. Sepanjang dua jam itu saya mencuba menahan air mata dan bertenang. Di mana-mana sahaja saya pandang, saya asyik melihat wajah Yesus di kalangan orang ramai.

Sebelum kami dan anak kami masuk ke dalam gereja, kami terjumpa kawan yang menjemput kami di tempat letak kereta. Dia ada dalam dakapan kawan saya, selesa dalam pembawa bayi sebagai bayi perempuan yang ketagihan syabu, kokaina, Xanax, dan banyak dadah lain yang tidak dapat saya ingat. Dia muncul lagi di sebelah pintu—sekumpulan sukarelawan yang menyapa kami dengan mesra dan tergesa-gesa memberikan kami sarung kaki yang penuh dan tag nama, dan bukannya menghabiskan hari Sabtu sebelum hari Krismas mereka untuk membeli-belah dan membuat kerja suruhan. Kemudiannya, Dia berada di belakang kami. Seorang ibu, seorang bapa, dan saya tidak bergurau, enam orang anak angkat dalam lingkungan umur bersekolah. Kebanyakannya memakai cermin mata tebal atau pendakap kaki, dan semuanya berpakaian kemas dengan senyuman puas. Dia ialah seorang yang berambut merah, yang dengan bangganya menunjukkan set Lego yang diterimanya daripada orang yang tidak memberikan namanya, ahli gereja yang tidak menerima ucapan terima kasihnya. Dia jugalah bapa yang berhati-hati mengesat air liur pada muka anak lelakinya yang menggunakan kerusi roda, dan budak itu hanya mampu memandang muka bapanya. Dia ialah wanita yang suka berceloteh sambil mendukung bayi besar yang sihat dan Dia jugalah anak kecil yang mendampingi wanita tadi. Juga, wanita tua yang sedang berbahasa isyarat dengan dua anak lelaki kecil yang memakai implan koklear di telinga. Dan datuk comel yang memakai topi Santa yang sedang memimpin nyanyian karol dengan menambahkan lirik Rudolph dan Jingle Bells untuk membuat anak-anak kecil berasa senang. Semasa memandu pulang ke rumah dengan kereta yang dipenuhi pelbagai bahan runcit dan hadiah, saya sedar Dia ialah dua orang adik-beradik perempuan yang balik bersama kami pada malam itu. Dia jugalah ahli keluarga saya. Kami menjadi seperti Yesus dan mengasihi Yesus pada masa yang sama. Yesus berada di mana-mana sahaja yang saya pandang. Orang yang mengasihi dan dikasihi.

Dalam petikan hari ini, Paulus memberikan isyarat kepada Gereja untuk berfungsi sebagaimana parti ini merupakan contoh. Agar wujudnya kesamaan. Bahawa kita semua melakukan ini bersama-sama. Bukan setakat tangan dan kaki-Nya, malah ada kalanya wajah-Nya juga. Tubuh-Nya yang nyata dan dapat dilihat. Namun, melainkan kita membenarkan diri mengalami kesedihan, serba kekurangan, menderita, kemiskinan, berasa remuk, dan kesepian, kita tidak akan berasa seperti itu. Kejadian seperti budak kecil dalam komuniti anda yang merayakan hari Krismas tanpa keluarga tidak akan menghancurkan hati anda kerana anda tidak mengenal mereka. Dan sehingga anda memandang mata mereka, anda tidak akan ketahui sukacita bersemuka dengan Yesus Kristus di sebelah sini syurga.

Memanglah berbaloi. Dia tidak dapat dibayangkan indah mengagumkan. Dia menakjubkan, agung, mulia dan bersinar. Maka, ini merupakan alasan yang cukup kukuh untuk mengasihi seperti Yesus—dengan sepenuh hati kita.

Kendra Golden
Life.Church Pasukan Media Kreatif

Hari 12

Perihal Pelan

Love Like Jesus

Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman dan ayat Alkitab yang telah mengilhamkan mereka untuk hidup dan Mengasihi Seperti Yesus sepenuhnya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church