Mengasihi Seperti YesusSampel
Kamu Telah Melakukannya Untuk-Ku
Pada suatu malam yang sejuk dalam bulan Februari, kami balik ke kawasan perumahan kami. Seorang perempuan muda duduk menangis dengan sekuat-kuatnya di tepi jalan, hanya memakai baju tanpa lengan dan seluar pendek. Kami berhentikan kereta dan saya mendekati perempuan tersebut lalu bertanya, “Bagaimana saya dapat membantu?”
Ia merungut-rungut, “Dia halau saya. Saya hamil, dan teman lelaki saya halau saya keluar dari rumah.”
Ketika saya mencari perkataan yang sesuai, satu-satunya fikiran saya adalah, Ia seorang manusia. Jaga maruahnya. Maka saya bertanya, “Siapakah nama kamu?”
“Brittney.”
Saya menjawab, “Selamat berkenalan, Brittney. Mahukah kamu menumpang kereta kami ke destinasi kamu?”
“Ya, nenek saya tinggal dekat-dekat sini” balasnya.
Kami berjalan ke kereta, dan suami saya berpindah ke belakang untuk duduk bersama dua orang anak kami – anak kami duduk dengan mata terbeliak dan mulut ternganga. Tanpa teragak-agak, saya memperkenalkan keluarga saya kepada Brittney seolah-olah saya sudah bertahun-tahun mengenalinya.
“Brittney, bolehkah saya memberi kamu pakaian? Saya boleh masuk ke rumah untuk mendapatkannya dengan cepat.”
“Ya, saya sangat sejuk.”
Saya memandu masuk ke halaman rumah saya dan terus masuk ke dalam rumah. Saya hairan Brittney mengikut saya. Saya mengambil kemeja peluh berlengan panjang, seluar peluh, dan selipar. Saya memberikan pakaian itu kepadanya dan ia terus masuk ke bilik air untuk menukar pakaian.
Selepas itu, kami membawanya ke rumah neneknya dan mengucapkan selamat tinggal. Dalam perjalanan balik, anak saya bertanya apa yang baru berlaku, dan saya cuma berkata, “Saya pasti itulah yang Yesus mahu kita buat.” Mereka bersetuju, dan kami meneruskan malam kami.
Pada pagi keesokannya, saya membaca renungan saya secara perlahan-lahan apabila perkataan halaman itu seolah-olah melompat daripada halaman itu, “Aku tidak berpakaian, dan kamu memberi Aku pakaian.” Denyutan nadi saya menjadi lebih cepat apabila saya teringat kejadian semalam.
Peluang untuk mengasihi seperti Yesus mungkin wujud pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Kita boleh mengasihi seseorang yang tidak dikenali di tepi jalan seperti Yesus tanpa menyebut nama-Nya. Apabila Brittney menemui Yesus, saya berdoa agar ia akan mengenali-Nya sebagai orang yang ditemuinya dalam perjalanan ke rumah neneknya pada suatu malam yang sejuk dalam bulan Februari.
Tasha Salinas
Life.Church Midwest City
Kitab
Perihal Pelan
Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman dan ayat Alkitab yang telah mengilhamkan mereka untuk hidup dan Mengasihi Seperti Yesus sepenuhnya.
More