Mengasihi Seperti YesusSampel

Love Like Jesus

HARI 1 DARIPADA 13

Mengasihi Orang yang Patah Semangat

Saya dibesarkan dalam sebuah rumah tangga yang berpecah belah. Dadah, alkohol, dan penderaan fizikal menjadi perkara yang biasa dan dijangka. Dalam masa yang singkat sahaja saya mula menunjukkan beberapa ciri yang saya perhatikan setiap hari. Sedar-sedar saja, saya balik lewat kerana meminum arak, dan mencuri dadah daripada sorokan ayah tiri saya untuk dijual dan kerap diguna sendiri. Saya ingat berjalan balik ke rumah pada pukul 7:00 suatu pagi untuk bersiap sedia ke sekolah selepas meminum arak dan mengambil dadah sepanjang malam. Saya memandang cermin, tidak gembira dengan orang yang merenung saya. Saya telah menjadi seseorang yang saya benci selama ini—seseorang yang saya berjanji pada diri sendiri bahawa saya tidak akan jadi. Dalam masa yang singkat sahaja saya membela diri dan meyakinkan diri bahawa inilah nasib saya. "Inilah tawaran kehidupan kampung kecil," saya memberitahu diri. "Apa lagi yang dapat saya lakukan?"

Dalam tempoh ini, nenek saya tidak henti-henti menjemput saya ke gereja. Kadang kala saya mengalah dan memastikan bahawa saya tidak mabuk atau tidak berparti teruk pada malam sebelumnya. Seperti yang saya telah ceritakan, saya tinggal di sebuah kampung yang kecil. Sekiranya anda pernah tinggal di sebuah kampung yang kecil, anda tahu bahawa semua orang mengetahui gerak-geri anda. Nenek sedar akan penyalahgunaan bahan saya dan ia berdoa agar Allah menunjukkan kasih-Nya dan rancangan-Nya untuk saya. Kasih dan rancangan Allah sebegitu baik dan berharapan di luar jangkaan dan bayangan saya.

Kehidupan di rumah menjadi semakin teruk, dan penderaan yang sederhana berubah menjadi amat teruk. Mengenang kembali, memanglah mengagumkan untuk melihat bagaimana Allah telah mengaturkan garis masa peristiwa. Kasih sayang nenek saya dan kemampuannya untuk melihat lebih jauh daripada kesalahan saya telah membawa saya kepada sebuah keluarga yang sudi mengambil saya sebagai keluarga mereka. Mereka mengambil risiko memberikan peluang kepada seorang remaja yang bermasalah. Melalui kasih sayang dan penerimaan mereka, saya dapat melihat kasih sayang Kristus terhadap saya. Disebabkan oleh kasih sayang itu, kini saya telah berubah. Seorang lelaki yang mempunyai perkahwinan yang bahagia dan anak-anak yang akan diasuah dengan kesedaran akan kasih sayang yang tidak disedari saya dahulu. Saya memperoleh semua ini kerana beberapa orang yang mampu mengasihi seperti Yesus.

Danny Duran
Life.Church Overland Park

Hari 2

Perihal Pelan

Love Like Jesus

Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman dan ayat Alkitab yang telah mengilhamkan mereka untuk hidup dan Mengasihi Seperti Yesus sepenuhnya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church