Mengasihi Seperti YesusSampel

Love Like Jesus

HARI 2 DARIPADA 13

Diampunkan Bersama-sama

Saya telah dibesarkan di gereja, tetapi sebenarnya, saya hidup seakan-akan Allah itu tidak wujud. Apabila saya berpeluang menunjukkan kasih terhadap orang lain di sekolah mahupun di tempat kerja, saya tidak mengambil kesempatan itu. Saya bangsat. Saya bersifat mementingkan diri dan sombong. Mengenang kembali, pengaruh utama dalam kehidupan saya adalah negatif: kawan yang tidak baik, hubungan toksik, seks, pornografi, dan alkohol. Saya bergaul dengan kumpulan yang tidak baik, berbohong kepada ibu bapa saya, berbohong kepada rakan-rakan saya, meminum arak, dan memuaskan ego palsu saya. Separuh jalan mengikuti pengajian kolej saya, saya melakukan perkara teruk yang memusnahkan badan dan kehidupan saya.

Mara laju ke awal tahun 2010 beberapa minggu sebelum Hari Paskah. Keluarga saya telah dijemput ke Life.Church. Pada masa itu, kami sudah bertahun-tahun tidak pergi ke gereja. Ini merupakan masa yang genting bagi kehidupan saya dan kehidupan keluarga saya, dan jemputan ini datang tepat pada masanya. Kami melangkah masuk ke dalam gereja dan semua orang membuat kami rasa dialu-alukan dan bahawa kami diterima. Ini merupakan sesuatu yang tidak pernah dialami di gereja. Semasa kebaktian pertama yang kami hadiri, saya terharu dengan kasih sayang dan pengampunan Allah buat pertama kalinya dalam kehidupan saya. Mesej hari itu adalah tentang pengampunan, dan saya memahami kisah Yesus dan kasih-Nya. Saya tidak menangguh lagi. Saya membuat keputusan untuk menyerahkan kehidupan saya kepada Kristus pada hari itu juga. Saya rasa Allah telah membersihkan semua perkara jahat yang telah saya lakukan, dan saya menjadi seorang yang baru. Bukan setakat itu sahaja. Saya sedar bahawa saya memerlukan sokongan. Saya perlu menyertai Kumpulan Sel, sekumpulan kecil orang yang menjalankan kehidupan bersama-sama. Saya menjumpai dan mula menghadiri satu kumpulan campuran muda yang bertemu pada setiap hari Selasa. Di sinilah segala-galanya berubah.

Rakan-rakan di sini mengasihi saya, menerima saya, dan yang paling penting, mereka menunjukkan kepada saya rupanya hidup demi Kristus. Saya tidak akan lupa bagaimana kumpulan ini mengasihi saya seperti Yesus. Mereka menerima saya yang seadanya, dan membantu saya mengatasi masa lampau saya serta menerima kehidupan baru yang diberikan oleh Allah kepada saya. Saya rasa diri saya diterima, dan saya tidak dinilai berdasarkan apa yang telah saya lakukan. Mereka menunjukkan kepada saya kasih sayang dan sokongan yang amat saya perlukan pada waktu ini dalam kehidupan saya. Allah menggunakan kumpulan kecil yang berumur dua puluhan ini untuk membentuk saya menjadi saya yang sekarang ini. Mara laju ke hari ini, saya ialah kakitangan gereja, menganggotai pasukan kumpulan kecil, dan mendengar banyak kisah perubahan hidup kerana kasih Kristus. Allah boleh mengubah kehidupan anda, dan kebanyakan masanya, Dia akan berbuat demikian melalui orang di sekeliling anda.

Spencer Aston
Life.Church Broken Arrow

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Love Like Jesus

Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman dan ayat Alkitab yang telah mengilhamkan mereka untuk hidup dan Mengasihi Seperti Yesus sepenuhnya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church