Mengasihi Seperti YesusSampel

Love Like Jesus

HARI 4 DARIPADA 13

Tujuan Penderitaan

Beberapa tahun yang lepas, isteri saya dan saya mengalami keremukan hati dan penderitaan ketika kami bergumul untuk memulakan keluarga kami. Sahabat kami sudah dikurnai cahaya mata pertama, seterusnya yang kedua ... dan kami masih menanya Allah mengapa kami masih belum menjadi hamil. Empat tahun kemudian, kita memang menyedari bahawa perjalanan kemandulan kami adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih besar. Perkara ini menjadi sesuatu yang jauh lebih besar daripada apa yang dapat kami bayangkan. Namun sebelum mukjizat ini, apakah yang membolehkan kami menghadapi penderitaan ini? Kumpulan Sel kami.

Mereka mengasihi kami seperti Yesus dan menyertai kami dalam penderitaan dan kekecewaan harian kami. Mereka mengamalkan Mazmur 34 secara nyata. Kami mengalami penghiburan Allah dengan setiap langkah semasa Roh Kudus bergerak dalam Kumpulan Sel kami.

Disebabkan oleh sokongan mereka, kami berkongsi perjalanan kami secara terbuka dan berupaya berkongsi mesej harapan Allah dengan pasangan lain yang rasa mereka menghadapi masalah ini sendirian. Namun, Allah tidak berhenti di situ sahaja. Setelah empat tahun mencuba untuk mendapatkan cahaya mata, menyimpan duit untuk persenyawaan in vitro, menjadi ibu bapa angkat berlesen, dan sejurus sebelum Allah membuka pintu untuk pekerjaan baru yang berjarak kira-kira 16 jam daripada keluarga kami, Allah menjawab doa kami.

Dalam sekelip mata, segala-galanya berubah. Isteri saya menjadi hamil! Beberapa bulan kemudian, cahaya mata kesayangan kami Emma dilahirkan, dan cuba teka siapa orang pertama yang kami maklumkan? Kumpulan Sel kami. Merekalah yang menanggung beban dan penderitaan bersama kami ketika kami tidak mampu menghadapinya bersendirian lagi, dan merekalah yang paling kerap meraikan bersama kami!

Jadi, apakah yang menjadi pergumulan anda hari ini? Sekiranya anda berasa bersendirian, ketahuilah bahawa ini tidak benar, kerana Kristus menyertai kita dengan setiap langkah dan menempatkan orang lain secara strategik dalam kehidupan kita dengan tujuan-Nya. Bagi setiap tempoh penderitaan yang kita alami, kita bukanlah orang yang pertama ataupun yang terakhir untuk mengalaminya. Walau bagaimanapun, kita mempunyai penyelamat yang menjadi tumpuan kita pada waktu kita yang paling gelap. Disebabkan kita berpaut pada kebenaran ini, kita dapat mengarahkan orang lain kepada seseorang yang lebih besar daripada keremukan mereka, seseorang yang dapat menopang mereka sepanjang jalannya dan memberikan tujuan terhadap penderitaan mereka. Nama-Nya ialah Yesus.

Penderitaan kita adalah kesaksian kita. Inilah cerita tentang kesetiaan Allah. Melalui penderitaan ini, kita boleh mempercayai Allah dengan kesedaran akan kasih-Nya bagi kita, dan Dia betul-betul lebih daripada mencukupi.

Jay Porter
Life.Church Keller

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Love Like Jesus

Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman dan ayat Alkitab yang telah mengilhamkan mereka untuk hidup dan Mengasihi Seperti Yesus sepenuhnya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church