Mengasihi Seperti YesusSampel

Love Like Jesus

HARI 10 DARIPADA 13

Seperti Kristus Mengasihi Gereja (bahagian 1)

Semasa kecil, saya berangan-angan tentang majlis perkahwinan saya—daripada kek, kepada gaun, malahan lelaki yang akan saya kahwin. Semasa anda berangan-angan tentang hari istimewa anda, anda tidak mungkin berfikir tentang percubaan yang bakal melanda selepas hari tersebut.

Sebelum saya dilahirkan, ibu saya didiagnosis dengan penyakit artritis yang teruk. Setiap hari adalah satu pergumulan baginya. Ayah saya memilih untuk mengasihi dan melayaninya setiap hari. Kadang kala, ia menyediakan sarapan untuk ibu atau membantunya mengikat tali kasutnya. Walau apa pun kerjanya, ayah saya mengasihi ibu saya. Beberapa tahun kemudian, ayah saya terus melayani ibu saya dengan cara yang baru apabila ibu didiagnosis dengan penyakit Limfoma Hodgkin. Ayah saya menghabiskan masanya untuk mengasihi, melayani dan berdoa untuk ibu saya. Saya tidak pernah melihat ayah saya sebegitu letih dari segi fizikal dan rohani, namun, ia meneruskannya. Inilah komitmennya terhadap Kristus dan ibu saya.

Tidak lama selepas berkahwin, saya dan suami saya menghadapi percubaan keintiman yang tidak harus dialami oleh sesuatu perkahwinan. Satu aktiviti yang dulu membawa kegembiraan kepada kami, kini membawa kesakitan dan tangisan. Setiap kali, saya menangis sehingga tertidur. Kesakitan, kekurangan keintiman, dan perasaan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri merenggangkan kami.

Kesukaran ini berterusan hingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan kami tertanya-tanya sama ada ini akan berakhir. Suami saya sentiasa berada di sisi saya. Ia mengetepikan setiap perasaan tersinggung dan memilih untuk mengasihi saya yang seadanya. Ia mengasihi saya dalam kesakitan dan tangisan. Sehingga hari ini, ia masih mengasihi saya. Orang berkata perempuan mencari suami yang bersikap seperti ayah mereka. Hari ini, lebih daripada masa lain, saya bersyukur kerana mendapat teman sejiwa yang mengasihi seperti ayah saya dan seseorang yang mengasihi seperti Yesus.

Shelley Martin
Life.Church Pasukan Teknologi Maklumat

Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

Love Like Jesus

Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman dan ayat Alkitab yang telah mengilhamkan mereka untuk hidup dan Mengasihi Seperti Yesus sepenuhnya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church