Renungan Medan Perang MindaSampel

Battlefield of the Mind Devotional

HARI 8 DARIPADA 14

Mendapat Apa yang Kita Mahu

Biasanya, saya tahu apa yang saya mahu, dan saya ingin mendapatnya. Saya sama seperti kebanyakan orang yang lain. Apabila kita tidak mendapat apa yang kita mahu, perasaan negatif kita memarak.

Terlalu kerap, kita orang Kristian menjangka kehidupan adalah sempurna dan segala sesuatu akan berjalan lancar bagi kita. Kita harapkan kejayaan, kebahagiaan, kegembiraan, kedamaian, dan hal-hal lain. Apabila kemahuan kita terhalang, kita memuncungkan bibir atau merungut.

Walaupun Allah mahu kita untuk memiliki kehidupan yang baik, ada waktunya kita mesti bersabar dan menahan kerana tidak mendapat sesuatu yang dihajati. Kekecewaan ini menguji sifat kita dan tahap kematangan rohani kita. Sebenarnya ia menunjukkan sama ada kita betul-betul bersedia untuk kenaikan pangkat.

Mengapakah kita fikir kita harus sentiasa didahulukan? Mengapakah kita fikir kita wajar menerima kehidupan yang sempurna? Barangkali kadang-kadang kita meninggikan diri lebih daripada yang sepatutnya. Minda yang rendah hati membolehkan kita untuk berundur dan menunggu Allah untuk menggerakkan kita ke hadapan. Firman Allah berkata bahawa kita mewarisi janji melalui iman dan kesabaran. Mempercayai Allah adalah baik, tetapi bolehkah kita terus mempercayai Allah dan mempercayai-Nya apabila kita rasa kehidupan adalah tidak adil?

Rahsia kehidupan Kristian adalah kita mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Jika kita menyerahkan kehendak kita kepada Allah, apa yang berlaku tidak memberangkan kita. Jika Allah tidak memberikan kita apa yang kita mahu dan minta, iman kita adalah cukup kuat untuk berkata, "Janganlah turut kehendakku, melainkan kehendak Bapa sahaja."

Doa: Allah, tolonglah saya. Saya kerap memiliki kemahuan yang kuat, dan apabila saya tidak mendapat apa yang saya mahu, saya bersedih. Ampuni saya. Ingatkan saya bahawa Yesus tidak mati di salib, tetapi Dia hidup dengan penyerahan sepenuh hati kepada kehendak-Mu. Saya memohon kepada-Mu, melalui Yesus Kristus, untuk menolong saya untuk hidup dengan penyerahan sepenuh hati dan berpuas hati dengan apa yang telah Engkau berikan kepada saya. Amin.

Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Battlefield of the Mind Devotional

Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan Allah. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi mangsanya. Renungan ini akan melengkapkan anda dengan inspirasi harapan untuk menguasai kemarahan, kekeliruan, pengutukan, ketakutan, keraguan...apa sahaja. Wawasan ini akan membantu anda membongkar komplot musuh untuk mengelirukan dan menipu anda, menghadapi pola pemikiran yang merosak, mencapai kemenangan dalam mentransformasikan pemikiran anda, memperoleh kekuatan, dorongan dan, yang paling penting, kemenangan menentang setiap peperangan dalam minda anda. Anda berkuasa melawan balik dan adalah penting agar anda berbuat demikian...meskipun sehari demi sehari!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyce Meyer Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.joycemeyer.org