Renungan Medan Perang MindaSampel

Battlefield of the Mind Devotional

HARI 7 DARIPADA 14

Rancangan yang Sempurna

Apakah maksudnya berfikir bahawa Allah mempunyai rancangan yang sempurna untuk kita? Barangkali perkataan "sempurna" itulah yang mengelirukan kita. Kita tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan kita membuat banyak kesilapan. Bagaimanakah sesuatu itu mungkin sempurna dalam kehidupan kita? Kita sangat mengenali diri kita. Dengan serta-merta kita berfikir tentang kelemahan kita dan menggelengkan kepala.

Itulah muslihat Iblis! Rancangan itu tidak sempurna kerana kita tidak sempurna; rancangan itu adalah sempurna kerana Allah adalah sempurna. Allah mempunyai rancangan yang istimewa untuk setiap seorang daripada kita.

Marilah berfikir tentang rancangan itu. Dalam Filipi 1:6, Paulus memberitahu kita bahawa Allah telah menyelamatkan kita dan memulakan pekerjaan yang baik pada diri kita. Paulus juga menulis, dalam Efesus 2:10, bahawa kita ini buatan (atau hasil karya) Allah. Dua ayat sebelum itu memberitahu kita bahawa kita telah diselamatkan dengan rahmat Allah. Kita tidak melakukan apa-apa dalam tindakan keselamatan--kita tidak memperolehnya kerana usaha kita malah kita tidak patut menerimanya. Kita telah dilahirkan ke dalam kerajaan Allah sebagai kurnia.

Apabila kita berfikir tentang Allah yang sedang bekerja dalam kita, kita mengingatkan diri bahawa Allah adalah kesempurnaan. Tiada apa-apa yang boleh kita lakukan adalah cukup baik untuk memenuhi kesempurnaan Allah. Hanya Yesus, Dia yang Sempurna, adalah cukup baik. Tiada apa melainkan kepercayaan kita dalam-Nya yang menjadikan kita boleh diterima kepada Allah.

Sebaik sahaja kita berkata, "Tunggu! Saya tidak sempurna! Saya gagal," kita telah mengalihkan perhatian kita daripada Allah dan membenarkan Iblis untuk membingungkan kita dengan fikiran yang salah. Tuhan kita yang penyayang meminta kita untuk mengalihkan fikiran dan hati kita sepenuhnya kepada-Nya. Semakin sepenuhnya kita berbuat demikian, semakin sepenuhnya kita hidup dalam rancangan-Nya yang baik dan sempurna.

Doa: Allah yang sempurna, tolonglah saya dalam peperangan minda saya. Iblis selalu mengingatkan saya tentang ketidaksempurnaan dan kelemahan saya, tetapi saya meminta agar Engkau mengingatkan saya tentang kesempurnaan-Mu, kasih-Mu, dan kedekatan-Mu supaya saya boleh sentiasa berjalan dalam kemenangan. Saya meminta semua ini melalui Yesus Kristus. Amin.

Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Battlefield of the Mind Devotional

Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan Allah. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi mangsanya. Renungan ini akan melengkapkan anda dengan inspirasi harapan untuk menguasai kemarahan, kekeliruan, pengutukan, ketakutan, keraguan...apa sahaja. Wawasan ini akan membantu anda membongkar komplot musuh untuk mengelirukan dan menipu anda, menghadapi pola pemikiran yang merosak, mencapai kemenangan dalam mentransformasikan pemikiran anda, memperoleh kekuatan, dorongan dan, yang paling penting, kemenangan menentang setiap peperangan dalam minda anda. Anda berkuasa melawan balik dan adalah penting agar anda berbuat demikian...meskipun sehari demi sehari!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyce Meyer Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.joycemeyer.org