Renungan Medan Perang MindaSampel
Bacaan hari ini menguasai banyak orang. Jika kata-kata ini bukan daripada Alkitab, mereka tidak akan mempercayainya. Sebagaimana keadaannya, kebanyakan orang menggeleng kepala dan bertanya, "Bagaimana ini mungkin terjadi?"
Paulus tidak mengatakan kita adalah sempurna ataupun kita tidak akan gagal. Dia memberitahu kita, sebagai orang yang mempercayai Yesus, Anak Allah, kita telah diberikan minda Kristus. Iaitu, kita boleh memikirkan fikiran rohaniah kerana Kristus hidup dalam kita. Kita tidak lagi fikir seperti dahulu. Kita mula berfikir seperti Yesus.
Apabila kita memiliki Roh Kudus yang diam dalam kita dan aktif dalam kita, minda Kristus adalah suatu tindakan. Minda Kristus diberikan kepada kita untuk mengarahkan kita ke haluan yang betul. Jika kita memiliki minda-Nya, kita akan memikirkan fikiran yang positif. Kita akan berfikir tentang betapa diberkatinya kita--betapa baiknya Allah terhadap kita.
Yesus bersifat positif, meskipun ditipu, kesepian, tidak difahami, dan banyak hal negatif yang lain. Dia ditinggalkan oleh murid-murid-Nya ketika Dia paling memerlukan mereka, namun, Dia tetap positif--sentiasa berupaya memberikan kata-kata yang meningkatkan kehidupan dan mendorong. Berada dalam hadirat-Nya sahaja mencadangkan bahawa semua ketakutan, fikiran yang negatif, dan rasa putus asa yang menghampakan akan lenyap.
Minda Kristus dalam kita bersifat positif. Jadi, apabila kita terpedaya dengan peluang bersifat negatif tentang sesuatu, kita harus segera melihat bahawa kita tidak bekerja dengan minda Kristus. Allah mahu kita diangkat. Musuh jiwa kitalah yang ingin kita ditekan--kemurungan. Kita mempunyai banyak peluang untuk memikirkan fikiran yang negatif, tetapi itu bukanlah minda Kristus yang bekerja dalam kita. Kita tidak perlu menerima fikiran tersebut. Ia bukanlah fikiran kita!
Doa: Tuhan, saya betul-betul mahu sedar akan minda Kristus dalam kehidupan saya, dan saya mahu sedar akannya setiap waktu dalam kehidupan saya. Tolonglah saya untuk membuka diri saya untuk menyedari kehendak-Mu dan untuk menolak set minda yang lama, pemikiran yang akan memimpin saya ke jalan yang salah. Saya memohon ini melalui Yesus Kristus. Amin.
Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Kitab
Perihal Pelan
Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan Allah. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi mangsanya. Renungan ini akan melengkapkan anda dengan inspirasi harapan untuk menguasai kemarahan, kekeliruan, pengutukan, ketakutan, keraguan...apa sahaja. Wawasan ini akan membantu anda membongkar komplot musuh untuk mengelirukan dan menipu anda, menghadapi pola pemikiran yang merosak, mencapai kemenangan dalam mentransformasikan pemikiran anda, memperoleh kekuatan, dorongan dan, yang paling penting, kemenangan menentang setiap peperangan dalam minda anda. Anda berkuasa melawan balik dan adalah penting agar anda berbuat demikian...meskipun sehari demi sehari!
More