Renungan Medan Perang MindaSampel

Battlefield of the Mind Devotional

HARI 11 DARIPADA 14

Menewaskan Ketidakpercayaan

Ada kalanya kita dengan tidak sengajanya memberikan tanggapan yang salah tentang peperangan rohani. Kita sedar bahawa musuh kita ialah iblis dan bahawa kita mesti melawan setiap hari untuk menang, tetapi bukan itu sahaja. Jika kehidupan Kristian hanyalah peperangan, memanglah menghampakan untuk bertempur setiap masa.

Kehidupan Kristian adalah kehidupan yang bersukacita dan tenang. Allah memberikan kita kepuasan yang besar, dan kita bertenang kerana kita tahu bahawa kita memuliakan-Nya melalui cara hidup kita.

Dalam bacaan hari ini, Petrus menulis kepada orang Kristian tentang musuh mereka--mengingatkan mereka dan menggesa mereka untuk sentiasa berjaga-jaga, iaitu hal yang kerap menjadi penegasan kita. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum dia menulis kata-kata ini, dia berkata, "Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu" (ay. 7). Kita mesti mengingatkan diri tentang kasih Allah untuk kita.

Iblis cuba memusnahkan iman kita dengan dusta seperti: "Jika Allah betul-betul mengambil berat tentang kamu, mengapakah Dia membenarkan kamu mengalami pencubaan ini?" "Jika Allah betul-betul mengasihi kamu mengapakah Dia melayan kamu demikian?" Jika iblis membuat anda fikir bahawa anda tidak dikasihi atau bahawa Allah tidak mengutamakan kepentingan anda, ia menanamkan satu benih ketidakpercayaan yang kecil.

Apabila pergumulan, pencubaan, dan kesusahan melanda anda--dan ia sentiasa berlaku--anda mempunyai pilihan. Anda boleh mengikuti kata-kata Petrus dan menyerahkan kekhuatiran, kerisauan, dan kebimbangan anda kepada Allah. Walau betapa gelap pun malam anda atau betapa teruknya situasi anda, anda mesti mengingatkan diri bahawa Allah bukan sahaja hadir dalam situasi tersebut, malah Dia juga mengasihi anda dan akan memenuhi keperluan anda.

Doa: Bapa syurgawi yang dikasihi, musuh kerap cuba memenuhi saya dengan ketidakpercayaan dan membuat saya menolak kasih berkuasa-Mu kepada saya. Namun, seperti Abraham, saya berpaut pada janji-Mu. Terima kasih kerana penghiburan yang saya peroleh dalam jaminan-Mu bahawa Engkau sentiasa menyertai saya. Amin.

Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

Battlefield of the Mind Devotional

Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan Allah. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi mangsanya. Renungan ini akan melengkapkan anda dengan inspirasi harapan untuk menguasai kemarahan, kekeliruan, pengutukan, ketakutan, keraguan...apa sahaja. Wawasan ini akan membantu anda membongkar komplot musuh untuk mengelirukan dan menipu anda, menghadapi pola pemikiran yang merosak, mencapai kemenangan dalam mentransformasikan pemikiran anda, memperoleh kekuatan, dorongan dan, yang paling penting, kemenangan menentang setiap peperangan dalam minda anda. Anda berkuasa melawan balik dan adalah penting agar anda berbuat demikian...meskipun sehari demi sehari!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyce Meyer Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.joycemeyer.org