Renungan Medan Perang MindaSampel

Battlefield of the Mind Devotional

HARI 12 DARIPADA 14

D.V.

Dia memberitahu saya bahawa dia dan isterinya merupakan misionari ke Chad, Afrika, kemudian dia berkata, "Kami merancang untuk balik pada bulan Januari, D.V."

Saya tidak tahu apa maksud D.V., tetapi saya tidak mengatakan apa-apa.

Semasa dia menggambarkan program penginjilannya dari kawasan pedalaman negara itu, dia asyik mengatakan, "D.V."

Akhirnya, saya menanya, "Apakah maksud D.V.?"

"Ia adalah frasa Latin yang saya belajar di sekolah, yang membawa maksud yang amat bermakna kepada saya," balasnya. "Ia adalah singkatan untuk 'Deo volente,' yang bermaksud 'jika diizinkan Tuhan."

Semasa kita berbual, saya menyedari betapa seriusnya dia memaksudkan D.V. Dia berkata bahawa dia mempunyai idea yang bagus tentang apa yang dia ingin lihat di Chad, lebih daripada itu, dia inginkan kepastian bahawa ideanya sejajar dengan idea Allah. "Apabila saya berkata D.V., ia menjadi peringatan kepada saya--ia adalah cara saya untuk mengatakan, 'Inilah yang saya inginkan. Adakah ia okey dengan Engkau, Tuhan?'"

Terdapat banyak orang yang suka bercakap besar--mereka memutuskan apa yang mereka inginkan dan menjangka semuanya akan berjalan dengan lancar. Itu mungkinlah muslihat Iblis. Jika ia dapat membuat mereka menumpukan perhatian pada hari esok ataupun tahun depan, mereka tidak perlu menangani masalah kehidupan mereka pada masa ini. Mereka boleh hidup dalam dunia di mana hanya perkara yang baik akan berlaku pada masa depan. Tidakkah ia seperti memandu menuruni lebuhraya dan tidak mempedulikan apa yang terletak di depan kita kerana kita terlalu tertumpu pada tanda trafik yang terletak lima batu di hadapan? Kita menetapkan diri untuk kemalangan.

Yesus menjanjikan kita kehidupan yang berkelimpahan (lihat Yoh 10:10). Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memasuki kelimpahan itu jika kita tidak memberikan diri sepenuhnya kepada-Nya. Jangan habiskan hari ini untuk merancang hari esok dan mengelakkan isu yang dihadapi sekarang ini.

Doa: Bapa syurgawi, tolonglah saya untuk menjalankan kehidupan hari ini. Sama ada saya mengucapkan kata-kata D.V. atau tidak, ingatkan saya bahawa kehendak-Mu adalah lebih penting daripada apa-apa yang lain dalam kehidupan saya. Tolonglah saya untuk tidak membenarkan Iblis untuk membuat saya berfikir terlalu banyak tentang hari esok sehinggakan saya gagal menjalankan kehidupan hari ini dengan cara yang menyenangkan-Mu. Saya meminta ini dalam nama Yesus. Amin.

Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Hari 11Hari 13

Perihal Pelan

Battlefield of the Mind Devotional

Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan Allah. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi mangsanya. Renungan ini akan melengkapkan anda dengan inspirasi harapan untuk menguasai kemarahan, kekeliruan, pengutukan, ketakutan, keraguan...apa sahaja. Wawasan ini akan membantu anda membongkar komplot musuh untuk mengelirukan dan menipu anda, menghadapi pola pemikiran yang merosak, mencapai kemenangan dalam mentransformasikan pemikiran anda, memperoleh kekuatan, dorongan dan, yang paling penting, kemenangan menentang setiap peperangan dalam minda anda. Anda berkuasa melawan balik dan adalah penting agar anda berbuat demikian...meskipun sehari demi sehari!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyce Meyer Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.joycemeyer.org