Renungan Medan Perang MindaSampel
Jika anda ingin memenangi peperangan minda dan menewaskan musuh anda, tempat di mana anda menumpukan perhatian anda adalah penting. Semakin banyak anda merenungkan Firman Allah, semakin kuatnya anda menjadi dan semakin mudahnya anda akan mencapai kemenangan tersebut.
Terlalu banyak orang Kristian tidak menyedari perbezaan antara merenungkan Alkitab dan membaca Alkitab. Mereka suka berfikir bahawa apabila mereka membaca Firman Allah, mereka menyerap perkara yang mendalam tentang Allah. Mereka yang merenungkan Firman Allah adalah orang yang fikir--dan fikir secara serius--tentang apa yang dibaca itu.
Mereka mungkin tidak menyatakannya, tetapi mereka berkata, "Allah, berbicaralah kepada saya. Ajarlah saya. Semasa saya mempertimbangkan Firman-Mu, nyatakan kedalamannya kepada saya."
Dalam bacaan Alkitab hari ini, saya memetik Mazmur 1. Mazmur ini bermula dengan takrifan orang yang diberkati, kemudian menyatakan tindakan betul yang dilakukan orang ini. Pemazmur menulis bahawa mereka yang merenungkan Taurat TUHAN--siang malam--bagaikan pokok yang berbuah...dan berjaya dalam segala usaha.
Pemazmur ini menjelaskan bahawa merenungkan Firman Allah membuahkan hasil. Apabila anda mempertimbangkan siapa Allah itu dan apa yang dikatakan oleh-Nya kepada anda, anda akan bertumbuh. Memanglah semudah itu. Jika anda membaca tentang kasih dan kuasa Allah serta membenarkan minda anda untuk menumpukan perhatian padanya, itulah yang bekerja dalam anda.
Berhati-hati tentang apa yang anda fikirkan. Semakin banyak anda memikirkan perkara yang baik, semakin baiknya kehidupan anda. Semakin banyak anda berfikir tentang Yesus Kristus dan prinsip yang diajar-Nya, semakin banyak anda menyerupai Yesus dan anda menjadi semakin kuat. Apabila anda bertumbuh, anda memenangi peperangan minda anda.
Doa: Allah Tuhan, tolonglah saya untuk berfikir tentang hal yang memuliakan-Mu. Penuhi hidup saya dengan kehausan akan Engkau dan Firman-Mu supaya segala usaha saya akan berjaya. Saya memohon ini melalui Yesus Kristus. Amin.
Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Perihal Pelan
Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan Allah. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi mangsanya. Renungan ini akan melengkapkan anda dengan inspirasi harapan untuk menguasai kemarahan, kekeliruan, pengutukan, ketakutan, keraguan...apa sahaja. Wawasan ini akan membantu anda membongkar komplot musuh untuk mengelirukan dan menipu anda, menghadapi pola pemikiran yang merosak, mencapai kemenangan dalam mentransformasikan pemikiran anda, memperoleh kekuatan, dorongan dan, yang paling penting, kemenangan menentang setiap peperangan dalam minda anda. Anda berkuasa melawan balik dan adalah penting agar anda berbuat demikian...meskipun sehari demi sehari!
More