Renungan Medan Perang MindaSampel
Apabila Allah mula bertindak terhadap kelakuan kita yang salah, memanglah mudah untuk berkata, "Saya tidak dapat menahan diri," tetapi keberanian dan iman yang benar diperlukan untuk mengatakan, "Saya bersedia untuk bertanggungjawab terhadap tindakan saya dan membetulkan kehidupan saya."
Sebahagian besar daripada pemikiran kita adalah kebiasaan. Jika kita selalu fikir tentang Allah dan perkara yang baik, fikiran yang saleh menjadi kebiasaan. Ribuan fikiran melalui minda kita setiap hari. Kita mungkin rasa kita tidak dapat mengawalnya, tetapi kita berkuasa mengawalnya. Walaupun kita tidak perlu berusaha untuk berfikir tentang perkara yang salah, kita perlu berusaha untuk berfikir tentang perkara yang baik. Apabila kita mula membuat perubahan, kita perlu bertempur.
Minda kita adalah medan perang, dan cara utama Iblis memulakan rancangan jahatnya terhadap kita adalah melalui fikiran kita. Jika kita rasa kita tidak berkuasa ke atas fikiran kita, Iblis akan memerangkap dan menewaskan kita. Sebaliknya, kita boleh bertekad untuk berfikir secara saleh.
Allah telah memberikan kita kuasa untuk membuat keputusan--untuk memilih fikiran yang betul dan bukannya fikiran yang salah. Namun, setelah kita membuat keputusan itu, kita mesti terus memilih fikiran yang betul. Ia bukanlah keputusan sekali untuk selama-lamanya, tetapi ia akan menjadi semakin mudah. Semakin kita memenuhi kehidupan kita dengan membaca Alkitab, berdoa, memuji, dan bersekutu dengan orang percaya yang lain, semakin mudahlah bagi kita untuk terus memilih fikiran yang betul.
Ia memakan masa untuk belajar memilih yang baik dan menolak yang jahat. Tidaklah mudah, tetapi kita bergerak dalam haluan yang betul setiap kali kita bertanggungjawab dan membuat pilihan yang betul.
Doa: Allah yang berkuasa, ingatkan saya bahawa saya boleh dan perlu membuat pilihan setiap hari. Tolonglah saya untuk memantau fikiran saya, hanya memilih fikiran yang akan membantu saya mengatasi iblis dan memenangi peperangan minda saya. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Kitab
Perihal Pelan
Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan Allah. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi mangsanya. Renungan ini akan melengkapkan anda dengan inspirasi harapan untuk menguasai kemarahan, kekeliruan, pengutukan, ketakutan, keraguan...apa sahaja. Wawasan ini akan membantu anda membongkar komplot musuh untuk mengelirukan dan menipu anda, menghadapi pola pemikiran yang merosak, mencapai kemenangan dalam mentransformasikan pemikiran anda, memperoleh kekuatan, dorongan dan, yang paling penting, kemenangan menentang setiap peperangan dalam minda anda. Anda berkuasa melawan balik dan adalah penting agar anda berbuat demikian...meskipun sehari demi sehari!
More