Renungan Medan Perang MindaSampel
"Saya sudah menjadi seorang Kristian selama 23 tahun," kata Cheryl. "Saya tidak berubah. Saya selemah waktu saya baru menerima Kristus sebagai Penyelamat saya. Saya masih gagal. Saya tidak tahu sama ada ia berbaloi." Air mata mengalir di pipinya semasa dia terus berkongsi tentang kegagalannya. "Sekarang saya tahu semua perkara betul yang harus dilakukan, tetapi saya tidak melakukannya. Ada kalanya saya sengaja melakukan sesuatu yang bermaksud jahat atau tidak baik. Apa jenis orang Kristian saya ini?"
"Mungkin orang Kristian yang sedang bertumbuh," balas saya.
Cheryl kelihatan terkejut. "Bertumbuh? Tidakkah kamu mendengar--?"
"Ya, saya dengar. Tetapi jika kamu tidak bertumbuh, kamu tidak mungkin meratapi kegagalan kamu. Kamu akan berpuas hati dengan tahap kerohanian kamu atau memberitahu diri betapa baiknya kamu ini."
"Tetapi saya rasa kecewa, dan saya telah banyak kali menggagalkan Allah."
Saya menjelaskan kepada Cheryl bahawa dia memang betul--bahawa dia telah gagal. Semua orang gagal dari masa ke masa. Jika kita tidak berhati-hati, kita membenarkan iblis untuk menunjukkan apa yang belum dicapai dan lingkungan di mana kita adalah lemah. Apabila itu berlaku, memanglah mudah untuk rasa teruk atau ingin berputus asa.
Itu bukanlah cara Roh. Macam mana pun kita mengucar-ngacirkan kehidupan kita, Allah tidak putus asa dengan kita. Roh sentiasa menggerakkan kita.
Kita boleh membenarkan minda kita untuk memikirkan apa yang belum kita lakukan atau betapa rohaniahnya kita seharusnya menjadi setelah lama menjadi seorang Kristian. Jika kita menumpukan perhatian pada apa yang kita tidak menjadi atau belum dicapai, kita membenarkan iblis untuk maju di medan perang minda kita.
"Jangan berhenti. Jangan putus asa." Itulah mesej yang kita dengar. Saya terfikirkan Yesaya 43:1b-2: "Janganlah takut! Aku akan menyelamatkan kamu. Aku telah memanggil kamu dengan nama kamu, kamu milik-Ku. Apabila kamu menyeberangi laut yang dalam, Aku akan menyertai kamu; kamu tidak akan tenggelam dalam kesusahan. Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar; kamu tidak akan dicelakakan oleh cubaan yang berat."
Inilah janji Allah. Dia tidak berjanji untuk menghapuskan sepenuhnya masalah atau kesukaran, tetapi Dia berjanji untuk menyertai kita apabila kita menghadapinya. Apabila Allah menyertai kita, apa lagi yang perlu dirisaukan?
Doa: Allah, meskipun saya gagal, Engkau tetap menyertai saya, mendorong saya agar tidak berputus asa. Tolonglah saya untuk mengingati bahawa, dengan pertolongan-Mu, saya boleh menang. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.
Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Kitab
Perihal Pelan
Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan Allah. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi mangsanya. Renungan ini akan melengkapkan anda dengan inspirasi harapan untuk menguasai kemarahan, kekeliruan, pengutukan, ketakutan, keraguan...apa sahaja. Wawasan ini akan membantu anda membongkar komplot musuh untuk mengelirukan dan menipu anda, menghadapi pola pemikiran yang merosak, mencapai kemenangan dalam mentransformasikan pemikiran anda, memperoleh kekuatan, dorongan dan, yang paling penting, kemenangan menentang setiap peperangan dalam minda anda. Anda berkuasa melawan balik dan adalah penting agar anda berbuat demikian...meskipun sehari demi sehari!
More