Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 14 DARIPADA 31

Yosafat merupakan salah seorang pemuda baik dalam generasinya. Dia bekerja dengan baik dalam pembaharuan kerajaannya dan dalam memberikan keadilan. Yosafat, sebagai pemuda yang mengikuti Allah, mendorong orang-orang yang di bawah pemerintahannya untuk takut dan mengabdi kepada Allah sepenuh hati mereka. H-m-m-m ... alangkah baiknya jika kita mempunyai ketua yang berkaliber seperti dia pada hari ini!

Yosafat melakukan hal yang benar dan hidup dalam kehidupan yang berintegriti ketika WHAM! Dia telah diserang secara mengejut oleh musuh yang mendekati negaranya dan membawa perang kepada kerajaannya yang aman. Beraninya musuh ini!

Juga, beraninya musuh anda! Kita semua berhadapan dengan musuh yang dasyat dan boleh mempelajari beberapa pengajaran daripada Raja Yosafat yang muda ini. Yosafat mengubah perhatiannya untuk mencari Allah. Dia tidak membuang masa untuk khuatir atau menyalahkan Allah. Yosafat bertekad bahawa matanya akan tetap tertumpu kepada Tuhan tanpa mengira musuh apa yang sudah menuju ke sempadan Yehuda.

Jika anda mahu memenangi pertempuran sukacita, anda akan menumpukan mata kepada Tuhan. Anda tidak akan membuang waktu untuk khuatir atau menjadi gelisah. Anda akan bertekad hati bahawa Tuhan akan memberikan perhatian yang sepenuhnya dan tidak berbelah bagi kepada anda tanpa mengira apa yang terjadi dalam situasi anda.

Seringkali apabila kita berada dalam pertempuran, semua yang kita katakan adalah tentang pertempuran ... kanser ... kekurangan kewangan ... ketegangan ibu mertua saya ... anak yang memberontak. Katakanlah tentang Tuhan ketika anda berada dalam pertempuran! Pilihlah petikan kitab dan percayalah kepadanya!
Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com