Sukacita yang MenggoncangkanSampel

Apakah sukacita sebenarnya? Adakah terdapat satu perkataan definisi yang boleh menjelaskan intensiti perkataan yang mudah tetapi ajaib ini? Saya rasa tidak ... tetapi mungkin terdapat bilangan yang tidak terhingga tentang maksud perkataan yang sangat berkuasa ini ditemui di dalam Firman Allah yang memberi perubahan di dalam hidup Kristian!
Sukacita ialah damai yang melebihi pengertian.
Sukacita ialah saksi-saksi ramai yang bersorak untuk anda!
Sukacita ialah pengetahuan bahawa tiada yang dapat memisahkan anda daripada kasih Allah.
Sukacita ialah berjalan di atas air! Tanyalah kepada Petrus!
Sukacita ialah menukarkan air kepada anggur dan memberi makanan kepada ribuan orang dengan karung makanan tengah hari oleh seorang budak lelaki yang baik hati.
Sukacita ialah malaikat di atas lereng bukit dekat Bethlehem pada satu malam berbintang.
Sukacita ialah tentang saiz benih mustard.
Sukacita ialah anak-anak ... dalam semua bentuk dan saiz ... duduk di paha seorang yang mereka selalu panggil dengan mesranya "Guru".
Sukacita ialah sekumpulan babi berlari ke dalam air dan lemas!
Sukacita ialah perawan berkata kepada malaikat, "Terjadilah kepadaku menurut kehendakmu".
Sukacita ialah seorang bayi ketika anda berusia 90 tahun!
Sukacita ialah sungai di padang gurun dan jalan di tengah hutan belantara.
Sukacita ialah kehadiranNya yang ajaib dan tidak terpadamkan dalam kehidupan saya yang biasa

Perihal Pelan

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com