Sukacita yang MenggoncangkanSampel
Yesus telah berdepan dengan berbagai percobaan dan keadaan yang susah ketika Dia hidup di bumi sebagai manusia. Salib adalah lebih daripada percobaan dan lebih besar daripada sesuatu kesusahan. Salib adalah kesakitan! Ia adalah penderitaan! Ia adalah penderitaan terbesar yang diketahui oleh umat manusia. Bagaimana mungkin Yesus bertahan dengan salib dan seksaan kesakitan fizikal yang dibebankan kepadaNya?
Dia bertahan dengan salib, walaupun Dia membenci rasa sakit, disebabkan oleh sukacita yang telah ditetapkan di hadapanNya. Apakah sukacita yang dilihat Yesus ketika berada di kayu salib? Apakah sukacita yang luar biasa yang memberikan fokus kepadaNya ketika kesakitan tersebut hampir terlalu berat untuk ditanggung? Sukacita yang telah memberikan Yesus kekuatan untuk tetap bertahan adalah anda ... dan adalah saya. Kita merupakan sukacitaNya dan Dia merupakan sukacita kita!
Yesus mengetahui bahawa Dia harus mati supaya kita dapat hidup ... itu merupakan sukacita yang sempurna kepadaNya! Yesus mengetahui bahawa Dia harus dipaku di kayu salib supaya kita dapat bebas dari kesakitan, ketagihan dan depresi ... itu merupakan sukacita yang sukar dijelaskan bagiNya! Yesus mengetahui bahawa tubuhNya harus menanggung rasa sakit kematian yang mengerikan supaya kita dapat disembuhkan ... dan Dia menganggap itu sebagai sukacita yang sempurna!
Adakah Yesus menyukai apa yang harus dia alami? Tidak ... Alkitab memberitahu kita bahawa Dia membencinya ... tetapi Dia lakukan itu oleh kerana Dia telah menamai anda "Sukacita". Kita boleh mempunyai sukacita kerana kita mempunyai Dia!

Perihal Pelan
Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com