Setiap Bahasa: Mendengar Allah yang Berbilang BahasaSampel
Bagaimana memanggil Yesus
Sebagai penutur bahasa Inggeris, kami memanggil Allah dalam doa kami sebagai "you (Engkau)." Walau bagaimanapun, banyak bahasa lain menggunakan dua (atau lebih banyak) bentuk sapaan yang berbeza. Bahasa Perancis mempunyai dua bentuk kata ganti nama "you"—tu dan vous—begitu juga dengan bahasa Sepanyol yang menggunakan usted dan tu. Dalam setiap keadaan, anda menggunakan "you" yang pertama semasa bercakap kepada orang yang dikenali dan yang kedua pula untuk orang yang kita tidak kenal sangat atau orang yang mempunyai status yang lebih tinggi.
Yunani—bahasa asal Perjanjian Baru—tidak mempunyai pembezaan ini, tetapi sesetengah penterjemah rasa tidaklah normal dan mengelirukan untuk tidak memasukkan pembezaan yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari mereka, termasuk penterjemahan kepada Tuvan, bahasa yang dituturkan di bahagian tengah selatan Siberia.
Teks Yunani itu tidak memberikan apa-apa bayangan langsung tentang bentuk sapaan yang harus digunakan, maka penterjemah perlu menganalisis kedudukan sosial watak utama dalam setiap situasi, terutamanya dalam injil dan kitab Kisah Para Rasul, untuk membuat keputusan tentang cara menterjemahkannya.
Contohnya, di Tuvan malaikat selalu menyapa orang dengan kata ganti nama formal untuk menunjukkan rasa hormat. Yohanes Pembaptis menyapa Yesus dengan kata ganti nama formal untuk menunjukkan bahawa rasa hormatnya terhadap Yesus adalah lebih penting daripada kenyataan bahawa mereka bersaudara. Sebaliknya, semasa Yohanes mengkritik Herodes kerana kelemahan moralnya, ia menggunakan kata ganti nama yang biasa—dan dalam keadaan ini, menghina—walaupun Herodes berkedudukan lebih tinggi daripadanya.
Yang menariknya, murid-murid Yesus menyapa Dia secara formal juga sepanjang pelayanan-Nya. Ini dijangkakan kerana Yesus ialah guru mereka dan kita menjangka murid-murid untuk menyapa guru mereka dengan rasa hormat. Hal yang lebih menghairankan ialah Yesus bercakap kepada murid-murid-Nya dalam cara yang sama, menunjukkan sikap hormat-Nya terhadap mereka juga. Namun, lebih aneh ialah ini: Selepas kebangkitan, pengikut-Nya bercakap kepada Yesus menggunakan "you" tidak formal, menunjukkan keakraban baru dengan Tuhan dan Penyelamat mereka yang telah bangkit.
Bagaimanakah anda bercakap kepada Yesus semasa berdoa? Mahukah anda menyapa Dia secara dingin, seolah-olah menyapa kerabat diraja, atau secara mesra, seperti menyapa penyelamat peribadi? Hari ini, tumpukan perhatian untuk berdoa kepada-Nya dengan kata-kata yang membantu anda untuk merasai kemesraan ini seperti orang percaya Tuvan.
Kitab
Perihal Pelan
Komunikasi Allah dengan manusia dirancang untuk "setiap bangsa, suku dan bahasa" dari mula lagi. Sementara semua bahasa sama-sama cekap dalam mengungkapkan mesej Alkitab, setiap bahasa memiliki keupayaan tersendiri untuk menyampaikan mesej alkitabiah tertentu dalam cara yang luar biasa mengayakan yang tidak dilakukan oleh bahasa lain. Pelan Alkitab ini meneroka tujuh harta karun tersebut yang akan memperluas cara anda fikir tentang Allah dan berita baik-Nya.
More