Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan dengan Kebijaksanaan AlkitabiahSampel

Scaling Leadership with Biblical Wisdom

HARI 8 DARIPADA 8

Membilas dan Ulang

Anda berjaya! Tahniah kerana melengkapkan tujuh hari Pelan Alkitab Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan dengan Kebijaksanaan Alkitabiah. Anda mungkin tertanya-tanya, "Jika saya sudah berjaya, mengapa saya belum selesai?" Itu merupakan soalan yang baik, dan pelajaran hari ini mungkinlah yang paling penting. 

Marilah memanggilnya Membilas dan Ulang. 

Jika anda membaca pelan ini setiap hari, anda telah meresapi enam konsep dan prinsip. Besar kemungkinan, anda belum ada masa untuk memproses sepenuhnya semua konsep tersebut ataupun menerapkannya lagi. Sering kali ini adalah cabaran bagi kita semua. Kita mendapat tahu tentang maklumat yang baik seperti ini, tetapi pelajaran dan pengetahuan baru itu tidak ada masa untuk meresap ke dalam otak dan berubah menjadi tabiat atau rutin baru yang akan menghasilkan perubahan yang diingini. 

Apakah itu cabaran Membilas dan Ulang? Sekarang ini, saya mahu anda melihat semula enam hari lalu dan memilih hari yang paling banyak berbicara kepada anda. Pilih hari yang anda mengalami pukulan perut atau detik aha. Pilihlah satu konsep untuk dijadikan tumpuan anda pada minggu depan. Baca renungan ini lagi, menyelami Alkitab, dan simpan satu ayat Alkitab dalam Senarai doa Apl Alkitab anda. 

Sesudah anda menyimpan ayat Alkitab dan konsep utama dalam senarai doa anda, renungkannya dan berfikir tentangnya setiap hari. Membilas dan ulang untuk tujuh hari seterusnya! Saya berdoa agar anda melihat tabiat dan rutin baru yang akan menghasilkan transformasi sebenar. 

Inilah yang dinyatakan oleh James Clear tentang Penambahbaikan Berterusan:

Marilah mendefinisikan Penambahbaikan Berterusan. Penambahbaikan Berterusan adalah dedikasi terhadap membuat perubahan dan penambahbaikan kecil setiap hari, dengan jangkaan penambahbaikan kecil itu akan digabungkan untuk menghasilkan sesuatu yang ketara.

Pendekatan yang biasa terhadap kemajuan diri adalah menetapkan matlamat yang besar, kemudian cuba mengorak langkah yang besar demi mencapai matlamat tersebut dalam tempoh yang sesingkat mungkin. Pada teorinya, ini kedengaran baik, tetapi ia kerap berakhir dengan lesu upaya, kekecewaan, dan kegagalan. Sebaliknya, kita harus menumpukan perhatian pada Penambahbaikan Berterusan dengan membetulkan tabiat dan kelakuan harian kita yang biasa dengan perlahan dan sedikit.

Membilas dan Ulang, dan berusaha untuk Penambahbaikan Berterusan pada setiap hari. Pertimbangkan, jika anda bertambah baik sebanyak 1% setiap hari untuk setahun, anda akan menjadi 37 kali lebih baik pada akhir tahun itu.

Terima kasih kerana membaca Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan dengan Kebijaksanaan Alkitabiah. Saya berdoa ia berfaedah dan memberikan pencerahan dan akhirnya membantu anda menjadi seorang pemimpin yang lebih baik. Jika anda ingin mengikuti penulisan saya, apa yang saya pelajari, dan renungan biasa saya, anda boleh melanggan hantaran e-mel mingguan saya yang percuma di sini

Hari 7

Perihal Pelan

Scaling Leadership with Biblical Wisdom

Meningkatkan kemampuan kepimpinan kita adalah kritis sekarang ini. Kita mesti meluaskan, membesarkan, memaksimumkan, dan mengembangkan keupayaan kepimpinan kita untuk mengharungi persekitaran kita yang berubah-ubah. Teknologi yang berkembang pesat, perubahan dinamik pekerja/pasukan, dan perubahan ekonomi hanyalah beberapa isu yang dihadapi. Walau bagaimanapun, jangan memandang meningkatkan kemampuan kepimpinan kita sebagai sesuatu yang dilakukan di tempat kerja sahaja. Kita mesti meningkatkan kemampuan kepimpinan kita di rumah dan dalam hubungan kita. Menyelami pelan ini hari ini untuk memperoleh wawasan kepimpinan yang praktikal dan relevan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Terry Storch kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://terrystorch.com