Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan dengan Kebijaksanaan AlkitabiahSampel

Scaling Leadership with Biblical Wisdom

HARI 3 DARIPADA 8

Sikap Pembelajaran

 

PENGHARGAAN:  LANE HICKENBOTTOM/ REUTERS

"Mengetahui hal yang tidak diketahui adalah lebih berguna daripada bijak belaka." — Charlie Munger

Ini merupakan petikan yang baik untuk menyampaikan hujah tentang kesedaran kendiri. Menurut pakar industri yang terkemuka, kesedaran kendiri adalah teka-teki pertama ke arah mendedahkan keulungan. Berhubungan dengan kesedaran kendiri, saya memandang Charlie Munger sebagai seorang pakar. 

Jika anda tidak biasa dengan Charlie Munger, anda ketinggalan. Munger yang berumur 95 tahun ialah orang kanan Warren Buffett, dan Buffett amat menghargai Munger kerana kejayaan mereka sepanjang 60+ tahun bekerja bersama-sama. Munger, meskipun berumur 95 tahun, bersemangat untuk belajar dalam kerjayanya sementara banyak orang akan mengatakan bahawa ia sudah mengetahui segala sesuatu. 

"Saya sering melihat orang yang bukan orang yang paling pintar maju dalam kehidupan, ada kalanya bukan juga orang yang paling rajin, tetapi mereka ialah jentera pembelajaran. Setiap malam mereka tidur lebih bijak daripada waktu bangun pagi tadi, dan itu memanglah berguna, terutamanya apabila anda mempunyai perjalanan yang panjang di hadapan anda." — Charlie Munger

Meningkatkan kemampuan kepimpinan anda banyak bergantung pada sikap pembelajaran. Kita menghadapi situasi yang baru setiap hari yang memerlukan pengetahuan baru, pendekatan baru, dan strategi yang baru. Untuk memaksimumkan situasi ini, kita memerlukan takungan yang dalam di hujung jari kita. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah sentiasa belajar dan bersiap sedia terhadap pembelajaran. 

Anne Frank menyatakan ini dengan baik dalam diarinya;

"Betapa mulia dan baiknya setiap orang jika, pada setiap malam sebelum tidur, mereka dapat mengingati peristiwa hari itu dan memikirkan hal yang baik dan hal yang buruk yang berlaku. Kemudian, tanpa disedari, cuba memperbaiki diri pada permulaan setiap hari yang baru; sudah pasti, lama-kelamaan anda akan mencapai agak banyak." — Anne Frank

Hal yang dijelaskan oleh Anne dan Charlie adalah memanglah penting untuk mempunyai sikap pembelajaran dan untuk menerapkan pembelajaran tersebut dalam kehidupan seharian kita. Jika anda ingin meningkatkan kemampuan kepimpinan anda supaya dapat memberikan respons terhadap suasana kita yang berubah-ubah, beritahu saya tentang rutin penghujung hari anda. 

Apakah yang anda lakukan sebelum tidur? 

Adakah anda lebih bijak daripada waktu bangun pagi? 

Adakah anda memerhatikan segala sesuatu yang berlaku di sekeliling anda?

Adakah anda menapis segala sesuatu melalui kanta kebenaran, iaitu Firman Allah? 

Inilah inti patinya: setiap hari kita berpeluang untuk belajar, bertumbuh, dan berkembang menjadi versi diri kita yang lebih baik. Pertumbuhan ini tidak selalunya datang dalam pakej menarik yang mudah difahami dan mudah digunakan. Sering kali, pertumbuhan dan pembelajaran ini terhasil daripada pergelutan, dugaan, dan situasi yang kita berharap tidak menimpa kita. Kenyataan yang satu lagi adalah kita belajar daripada suara dan perspektif yang, pada zahirnya, tidak semestinya dihargai atau dipersetujui. 

Walau apa pun situasi atau keadaan kita, memiliki sikap pembelajaran menempatkan kita pada kedudukan rendah hati untuk belajar dan menjalankan kehidupan yang diidamkam, tidur lebih bijak daripada waktu bangun. Jika anda ingin mengetahui apa yang sedang dipelajari oleh saya, layari laman web saya, saya menulis tentang apa yang saya pelajari setiap hari dan menyediakan hantaran e-mel mingguan yang percuma untuk pembelajaran anda. Saya berharap anda memperoleh lebih banyak inti pati pada hari ini dan pada masa akan datang, dan agar Allah mendedahkan hal berkuasa yang telah disediakan-Nya bagi anda. 

Allah, sediakan hati saya untuk apa yang telah disediakan oleh-Mu bagi saya pada hari ini. Firman-Mu hidup, dan saya percaya Engkau akan menemui saya pada halaman Firman-Mu.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Scaling Leadership with Biblical Wisdom

Meningkatkan kemampuan kepimpinan kita adalah kritis sekarang ini. Kita mesti meluaskan, membesarkan, memaksimumkan, dan mengembangkan keupayaan kepimpinan kita untuk mengharungi persekitaran kita yang berubah-ubah. Teknologi yang berkembang pesat, perubahan dinamik pekerja/pasukan, dan perubahan ekonomi hanyalah beberapa isu yang dihadapi. Walau bagaimanapun, jangan memandang meningkatkan kemampuan kepimpinan kita sebagai sesuatu yang dilakukan di tempat kerja sahaja. Kita mesti meningkatkan kemampuan kepimpinan kita di rumah dan dalam hubungan kita. Menyelami pelan ini hari ini untuk memperoleh wawasan kepimpinan yang praktikal dan relevan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Terry Storch kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://terrystorch.com