Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan dengan Kebijaksanaan AlkitabiahSampel

Scaling Leadership with Biblical Wisdom

HARI 1 DARIPADA 8

Kebijaksanaan Alkitabiah 

Bahasa Inggeris adalah rumit dan agak sukar. Bagi kita yang hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris, kita tidak dapat memahami kerumitannya. Contohnya, perkataan scale atau scaling. Bukalah pelayar anda ke Dictionary.com, dan anda akan melihat bahawa dua perkataan ini mempunyai pelbagai makna. 

scale

kata nama 

— sisik, lapisan kulit yang berkeping-keping pada ikan dan reptilia, biasanya bertindih antara satu sama lain.

kata kerja 

—beratnya

"Sesetengah lelaki beratnya kurang daripada 90 paun."

kata kerja 

—memanjat, mendaki (sesuatu yang tinggi dan curam)

"Pencuri itu memanjat tembok setinggi 8 kaki."

Semua itu merupakan definisi yang tepat untuk scale atau scaling, tetapi itu bukanlah definisi yang saya gunakan semasa bercakap tentang Scaling Leadership (Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan). Penjelasan terbaik yang dapat saya cari adalah frasa "scale up" daripada MacMillan Dictionary. 

Definisi, atau maksud, scaling yang saya gunakan dalam Pelan Alkitab ini ialah:

—menambahkan, meningkatkan saiz, bilangan, dsb. 

—menaikkan: meluaskan, membesarkan, memaksimumkan

"Tempahan sebesar ini bermaksud meningkatkan keupayaan pengeluaran kami."

Sebagai pengikut Yesus, meningkatkan kemampuan kepimpinan kita menggunakan kebijaksanaan daripada Alkitab adalah kritis dan penting pada masa sekarang. Kita mesti meluaskan, membesarkan, memaksimumkan, dan mengembangkan keupayaan kepimpinan kita untuk mengharungi persekitaran kita yang berubah-ubah. Teknologi yang berkembang pesat, dinamik pekerja dan pasukan yang berubah-ubah, dan perubahan ekonomi global hanyalah beberapa isu yang kita akan hadapi dan penerapan kebenaran alkitabiah akan mendalamkan lagi wawasan kita. 

Walau bagaimanapun, kepimpinan bukanlah untuk tempat kerja sahaja. Kita mesti meningkatkan kemampuan kepimpinan kita di rumah dengan keluarga kita dan dalam hubungan kita yang lain. Mungkinlah agak melampau, tetapi sebahagian besarnya, saya percaya jurulatih Holtz telah menemui sesuatu. 

"Di dunia ini, anda sama ada sedang bertumbuh, atau anda hampir mati, jadi bergeraklah dan bertumbuh." — Lou Holtz

Kita sama ada sedang bertumbuh atau hampir mati. Kita akan meningkatkan kemampuan kepimpinan kita atau mengurangkannya. Sekarang ini mungkinlah masa yang baik untuk membawanya ke tengah—meningkatkan kemampuan kepimpinan kita tidaklah mudah. Membuat pelaburan ini dan membawa kesengajaan terhadap bentuk pertumbuhan ini akan menempatkan kita dalam situasi yang mencabar dan pasti akan menolak kita dari zon selesa kita. Walau bagaimanapun, jika kita tidak berbuat demikian, kita tidak akan mencapai semua potensi yang telah disediakan oleh Allah untuk kita. 

"Jika kita bertumbuh, kita sentiasa berada di luar zon selesa kita." — John Maxwell

Sepanjang 25 tahun yang lepas sebagai pengikut Kristus, pemimpin dan pengasas pelayanan, serta usahawan, saya mendapati Alkitab penuh dengan cerita, contoh, dan nasihat yang praktikal yang amat berharga. Sudah tiba masanya untuk mencabar diri kita dengan Firman Allah untuk bergerak keluar dari zon selesa kita. Sudahkah anda bersedia untuk meningkatkan kemampuan kepimpinan anda? Jika ya, Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan dengan Kebijaksanaan Alkitabiah akan membantu anda berbuat demikian. 

Hijau merupakan warna universal yang memberikan kebenaran bergerak. Semasa anda menggerakkan jari anda ke anak panah berwarna hijau itu, luangkan masa untuk menyiapkan hati dan fikiran anda dengan doa ringkas. 

Allah, saya bersedia untuk mendengar daripada-Mu. Tolonglah saya untuk mendengar apa yang dikatakan oleh-Mu supaya saya tidak terlepas apa yang Engkau mahu nyatakan kepada saya dalam perjalanan ini. 

Hari 2

Perihal Pelan

Scaling Leadership with Biblical Wisdom

Meningkatkan kemampuan kepimpinan kita adalah kritis sekarang ini. Kita mesti meluaskan, membesarkan, memaksimumkan, dan mengembangkan keupayaan kepimpinan kita untuk mengharungi persekitaran kita yang berubah-ubah. Teknologi yang berkembang pesat, perubahan dinamik pekerja/pasukan, dan perubahan ekonomi hanyalah beberapa isu yang dihadapi. Walau bagaimanapun, jangan memandang meningkatkan kemampuan kepimpinan kita sebagai sesuatu yang dilakukan di tempat kerja sahaja. Kita mesti meningkatkan kemampuan kepimpinan kita di rumah dan dalam hubungan kita. Menyelami pelan ini hari ini untuk memperoleh wawasan kepimpinan yang praktikal dan relevan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Terry Storch kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://terrystorch.com