Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan dengan Kebijaksanaan AlkitabiahSampel

Scaling Leadership with Biblical Wisdom

HARI 4 DARIPADA 8

Bertekun

Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan bukanlah untuk golongan yang lemah atau letih. Hal yang tidak dapat anda fahami sepenuhnya daripada membaca buku, mendengar orang lain, atau memperoleh MBA adalah betapa susahnya anda perlu bertahan untuk memenuhi potensi kepimpinan anda. Menerima kenyataan ini dan menerima kesusahan yang datang dengan kepimpinan merupakan pendidikan yang sangat berharga yang kita perlu akui dan hargai. Salah seorang penulis kegemaran saya, James Clear, menyatakannya seperti ini:

"Kekuatan mental anda adalah sekadar dengan tuntutan kehidupan terhadap anda. Kehidupan yang senang membentuk minda yang dapat mengatasi kesenangan sahaja. Kehidupan yang mencabar membina minda yang boleh mengatasi cabaran. Seperti otot yang menjadi lemah dan kecil jika tidak digunakan, kekuatan mental semakin hilang melainkan ia diuji. Apabila kehidupan tidak mencabar anda, cabarlah diri sendiri." 

Semasa mengenang kembali perjalanan kepimpinan saya, saya sentiasa diingatkan tentang kepentingan merebut peluang tanpa teragak-agak dan bertekun apabila keadaan menjadi sulit. Namun, apabila beban itu adalah berat dan penderitaan adalah besar, kita ingin mengaku kalah dan tidak merebut peluang. Kita mungkin tidak mahu keluar dan tidak bertekun. Saya faham. Secara peribadi, saya ingat akan banyak kali saya tidak berusaha sekuat yang diperlukan, sebaliknya, berputus asa terlalu awal. Dengan pengalaman yang lalu, saya boleh melihat kesilapan tersebut. Saya tidaklah sempurna tetapi saya boleh berkata bahawa berkenaan peluang besar yang penting, ketekunan saya, ketabahan saya, dan kasih kurnia Allah telah membantu saya mencapai kejayaan. 

Apakah situasi atau keadaan yang sedang anda hadapi? Adakah anda mengharungi fasa pertumbuhan mencabar yang lebih mengecewakan daripada memuaskan? Jika jawapan anda ialah ya, anggaplah diri anda diberkati. Jika keadaan berjalan lancar dan tidak mencabar sehinggakan anda tidak merasakan tekanan dan pergeseran, barangkali sudah tiba masanya untuk berubah. Mulakan projek yang baru, membuat keputusan untuk menulis buku yang telah difikirkan, belajar bahasa baru, memperoleh ijazah sarjana, atau melayani sebagai ahli lembaga bukan untung. Tekaan saya adalah anda sudah memikirkan langkah seterusnya. 

Bergantung pada situasi, bertekun kelihatan berbeza bagi orang yang berlainan. Terimalah galakan bahawa perbaikan, ketabahan, dan pergelutan yang menyertai ketekunan adalah sangat berharga. Meningkatkan kemampuan kepimpinan anda memerlukan kerja berat yang membosankan, dan kebijaksanaan alkitabiah menantikan anda dalam Firman Allah. 

Allah, berikan saya mata untuk melihat bagaimana Engkau menggunakan pergelutan ini untuk kebaikan saya. Tolonglah saya untuk tidak melarikan diri daripada cabaran, sebaliknya berlari kepada-Mu.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Scaling Leadership with Biblical Wisdom

Meningkatkan kemampuan kepimpinan kita adalah kritis sekarang ini. Kita mesti meluaskan, membesarkan, memaksimumkan, dan mengembangkan keupayaan kepimpinan kita untuk mengharungi persekitaran kita yang berubah-ubah. Teknologi yang berkembang pesat, perubahan dinamik pekerja/pasukan, dan perubahan ekonomi hanyalah beberapa isu yang dihadapi. Walau bagaimanapun, jangan memandang meningkatkan kemampuan kepimpinan kita sebagai sesuatu yang dilakukan di tempat kerja sahaja. Kita mesti meningkatkan kemampuan kepimpinan kita di rumah dan dalam hubungan kita. Menyelami pelan ini hari ini untuk memperoleh wawasan kepimpinan yang praktikal dan relevan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Terry Storch kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://terrystorch.com