Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan dengan Kebijaksanaan AlkitabiahSampel
Jangkaan yang Berani
Saya terlibat dalam pelayanan dan gereja yang menakjubkan yang digelar Life.Church, dan kami mempunyai beberapa nilai penjajar yang betul-betul meyakinkan kami tentang konsep Jangkaan yang Berani. Saya ingin berkongsi salah satu nilai tersebut dengan anda:
Kami ialah penggemar risiko yang dipenuhi iman, bercita-cita besar dan mempertaruhkan segala sesuatu.
Kami tidak menghina Allah dengan berfikiran sempit dan menjalani kehidupan yang selamat.
Berapa kerap anda membataskan Allah dan apa yang disediakan-Nya untuk kehidupan anda? Berfikir-fikir tentang itu untuk sejenak. Bagaimana idea terbesar dan doa paling berani anda secocok dengan keinginan dan rancangan-Nya bagi kehidupan anda di dunia ini? Barangkali anda jatuh ke sebelah sana spektrum itu dan bergelut untuk mengatasi ketakutan akan kegagalan anda, ataupun anda rasa Allah tidak mengambil berat tentang usaha atau keinginan anda.
Walau apa pun keadaan anda, ketahuilah bahawa Allah mengambil berat tentang anda. Dia bersedia untuk melakukan jauh lebih banyak daripada yang dapat kita minta atau bayangkan kerana rancangan-Nya adalah lebih baik daripada rancangan kita. Menyedari ini, saya mendapati diri saya masih sentiasa membataskan Allah dengan pemikiran sempit dan kehidupan yang selamat saya. Memanglah memalukan, dan saya tidak suka mengakuinya. Anda mungkin berfikir, "Bagaimana salah seorang daripada pengasas Apl Alkitab YouVersion berfikiran sempit?" Itulah contoh baik yang selalu difikirkan saya.
Semasa kami memulakan YouVersion, kami TIDAK tahu apa yang mungkin atau apa yang telah disediakan oleh Allah untuk idea kecil yang bermula sebagai laman web yang agak teruk dan kolot ini. Sejak idea separuh masak itu sehingga sekarang, kami dapat melihat setiap negara dan wilayah menggunakan Alkitab pada setiap waktu pada telefon, tablet, komputer, dan peranti pintar yang lain. Segala kemuliaan dan pujian bagi Allah! Kami taat dan lama-kelamaan, kami menyedari Allah mahu memberkatinya dan memberi nafas kepadanya. Ini hanyalah satu peringatan bagi saya bahawa Allah bersedia untuk memberkati ketaatan kita, komitmen kita, dan langkah beriman kita apabila kita mencuba memuliakan-Nya.
YouVersion cumalah salah satu contoh. Dulu saya kekurangan iman, kini saya diberkati dengan pengalaman yang lalu untuk melihat banyak ikhtiar dan usaha saya yang telah diberkati oleh Allah. Bagaimana dengan anda? Dalam lingkungan manakah anda mengamalkan amalan berhati-hati? Jika anda tidak pasti, mungkin anda harus menanya diri dalam lingkungan manakah anda takut akan kegagalan? Barangkali ketakutan akan penolakan atau ketakutan akan kekurangan atau ketidaklayakan. Ketakutan ini boleh dan akan mendesak kita untuk mengamalkan amalan berhati-hati dan membataskan keupayaan Allah untuk bekerja melalui kita.
Memiliki jangkaan yang berani terhadap apa yang boleh dan akan dilakukan oleh Allah merupakan asas meningkatkan kemampuan kepimpinan. Menetapkan matlamat di luar segala jangkaan kerana kita menjangkakan Allah untuk menyatakan diri bermakna memiliki jangkaan yang berani. Mempercayai dan memimpin ke arah masa depan secara beriman adalah sebahagian daripada perjalanan kita sebagai pengikut Kristus.
Setiap waktu pada setiap hari kita memilih apa yang kita fikir dan apa yang kita percaya. Fikiran kita adalah suatu pilihan, oleh itu, marilah memilih dengan bijak dan memilih hal yang memuliakan Allah. Semasa anda meneruskan bacaan hari ini, saya mencabar anda untuk betul-betul memproses cerita Yonatan dan pembawa senjatanya. Rasakan jangkaan yang berani mereka itu. Keputusan harian kita tidak sama dengan keputusan Yonatan, tetapi iman kita dan set minda kita bolehlah sepertinya.
Allah, berbicaralah kepada saya sekarang semasa saya membuka Firman-Mu. Biarlah kata-kata ini meresapi roh saya dan memberikan saya iman serta keberanian yang menghormati dan memuliakan-Mu.
Perihal Pelan
Meningkatkan kemampuan kepimpinan kita adalah kritis sekarang ini. Kita mesti meluaskan, membesarkan, memaksimumkan, dan mengembangkan keupayaan kepimpinan kita untuk mengharungi persekitaran kita yang berubah-ubah. Teknologi yang berkembang pesat, perubahan dinamik pekerja/pasukan, dan perubahan ekonomi hanyalah beberapa isu yang dihadapi. Walau bagaimanapun, jangan memandang meningkatkan kemampuan kepimpinan kita sebagai sesuatu yang dilakukan di tempat kerja sahaja. Kita mesti meningkatkan kemampuan kepimpinan kita di rumah dan dalam hubungan kita. Menyelami pelan ini hari ini untuk memperoleh wawasan kepimpinan yang praktikal dan relevan.
More