Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan dengan Kebijaksanaan AlkitabiahSampel
Rehat
"Bangun sebelum semua yang lain dan bekerja sehingga larut malam. Bersibuk-sibuklah." — Gary Vaynerchuk
Bersibuk-sibuk nampaknya ialah jargon di kalangan usahawan dan pemimpin perniagaan. Walau apa pun yang anda hadapi dan walau apa pun yang sedang berlaku, anda perlu bersibuk-sibuk lebih daripada pesaing anda. Bekerja lebih kuat daripada semua yang lain dan buat apa saja yang diperlukan. Lakukan semua itu dan banyak lagi! Ini telah menjadi suatu pedoman penting jika anda ingin berjaya dalam perniagaan.
Jangan salah faham, ada banyak waktu dan musim yang kita perlu bersibuk-sibuk. Secara umum, etika kerja adalah sangat penting, dan keraplah bahagian yang hilang dalam sebahagian besar generasi akan datang. Sebagai seorang usahawan muda, bersibuk-sibuk adalah bahagian yang besar dalam strategi saya, dan saya boleh melihat usaha itu berjaya. Bersibuk-sibuk dan usaha merupakan faktor utama yang digunakan oleh Allah untuk membawa impak Kerajaan yang penting kepada pelayanan saya dan pasukan yang diketuai saya.
Walau bagaimanapun, ada bahaya yang bukan sahaja dilihat malah dihadapi apabila kesibukan tidak tertahan dan tiada waktu berehat. Saya banyak membuat kerja yang sia-sia sepanjang beberapa dekad lalu kerana saya tidak mempunyai penghargaan dan pandangan yang sihat terhadap rehat. Memang perlu disebutkan bahawa saya berlari kepala dulu melanggar beberapa dinding yang hampir membuat saya meninggalkan panggilan saya dan meninggalkan hal yang terbaik yang telah disediakan oleh Allah bagi hidup saya. Saya boleh mengenang semua itu sekarang dan melihat dengan jelas bahawa ia terjadi kerana kekurangan rehat yang holistik.
Meningkatkan kemampuan kepimpinan amat bergantung pada pandangan yang sihat dan salih terhadap rehat. Sebagai pemimpin, memanglah penting untuk menyedari bahawa kita bukanlah mesin dan kita tidak harus bertindak seolah-olah kita ialah mesin. Satu tempat yang baik untuk bermula adalah menyedari bahawa berehat bukanlah suatu kelemahan. Saya pernah menemui banyak pemimpin, muda dan tua, yang nampaknya bangga menampakkan kekurangan tidur mereka. Kita perlu menyingkirkan ini daripada fikiran kita kerana ia tidak masuk akal. Kekurangan tidur dan terus bekerja meskipun tidak berdaya lagi tidaklah mengagumkan. (Satu Pelan Alkitab yang membantu membongkar kenyataan bahawa tidur merupakan suatu aktiviti rohaniah, ialah Lifehacks: Practical Tips For Godly Habits. Saya mengesyorkan Pelan yang berkuasa ini.)
Adakah anda sedar bahawa tidur telah menjadi salah satu pencarian Google yang paling popular? Berhubung dengan tidur, internet hampir meletup kerana pencarian dan penyelidikan web tersebut. Jika anda tidak pernah mencari tentang tidur atau bantuan tidur, anda ialah golongan minoriti. Jika anda mencari bantuan tidur di Google, anda akan melihat banyak penyelidikan saintifik yang menunjukkan bahaya deprivasi tidur. Beberapa akibatnya ialah penyakit jantung, kemurungan, hilang ingatan, dan kematian. Bersibuk-sibuk tanpa segarkan dan rehatkan diri cukup-cukup akan menyebabkan beberapa kesan sampingan serius termasuk tetapi tidak terhad kepada peningkatan penyakit, penurunan produktiviti, kekurangan fokus, dan ketidakstabilan emosi.
Meningkatkan kemampuan kepimpinan kita memerlukan etika kerja, bersibuk-sibuk, dan ketabahan! Namun, ketahuilah bahawa rehat jugalah penting. Yesus berkongsi dengan murid-murid-Nya dan orang Farisi bahawa "hari Sabat ditetapkan untuk kepentingan manusia; manusia tidak dijadikan untuk hari Sabat." Pencipta kita telah memberikan kita keupayaan untuk menghasil, membina, dan bekerja, tetapi Dia juga memberikan kita kurnia rehat pada hari Sabat.
Marilah melihat bacaan Alkitab hari ini dan meminta Allah untuk menyelidiki hati kita. Barangkali kita mempunyai pandangan yang diputarbelitkan tentang rehat, keperluan yang salah untuk mencapai kejayaan, atau perasaan bahawa kita perlu memperoleh perkenan Allah lalu membawa kepada kekurangan rehat.
Allah, selidiki hati saya dan berbicara kepada saya melalui Firman-Mu. Nyatakan kepada saya lingkungan di mana saya tidak menerima kurnia rehat sepenuhnya.
Perihal Pelan
Meningkatkan kemampuan kepimpinan kita adalah kritis sekarang ini. Kita mesti meluaskan, membesarkan, memaksimumkan, dan mengembangkan keupayaan kepimpinan kita untuk mengharungi persekitaran kita yang berubah-ubah. Teknologi yang berkembang pesat, perubahan dinamik pekerja/pasukan, dan perubahan ekonomi hanyalah beberapa isu yang dihadapi. Walau bagaimanapun, jangan memandang meningkatkan kemampuan kepimpinan kita sebagai sesuatu yang dilakukan di tempat kerja sahaja. Kita mesti meningkatkan kemampuan kepimpinan kita di rumah dan dalam hubungan kita. Menyelami pelan ini hari ini untuk memperoleh wawasan kepimpinan yang praktikal dan relevan.
More