Kasih Kurnia & Kesyukuran: Hidup Sepenuhnya Dalam Kasih Kurnia-NyaSampel

Grace & Gratitude: Live Fully In His Grace

HARI 7 DARIPADA 7

Tujuan Allah untuk Hidup Anda

Menarik nafas panjang selepas hujan musim bunga yang segar, mendengar kicauan burung pada waktu pagi menimbulkan pujian, bertenang dan menikmati masa sunyi dengan Allah – semua pengalaman ini membawa sukacita dalam Tuhan. Apabila anda menghabiskan semakin banyak masa dalam ciptaan-Nya, dalam Firman-Nya, dalam doa, Dia menanam benih keinginan akan tujuan-Nya untuk anda. Semasa anda menyerahkan hati anda kepada-Nya, Dia bernyanyi kepada hati anda, memanggil anda untuk memenuhi tujuan yang ditetapkan-Nya semasa mencipta anda. Tujuan ini adalah lebih daripada yang dapat anda bayangkan – anda ialah karya agung yang sedang diusahakan.

Doa:  

O Bapa, saya suka berada dalam hadirat-Mu dan menikmati kedamaian dan kasih-Mu terhadap saya. Saya mahu apa yang Engkau mahu bagi saya kerana saya tahu itu adalah perkara yang terbaik. Amin. 

 

Jika anda menyukai renungan ini dan ingin terus belajar bagaimana mengalami sepenuhnya kasih kurnia Allah, layari dayspring.com untuk mendapatkan salinan 100 Days of Grace & Gratitude oleh Shanna Noel.   

Hari 6

Perihal Pelan

Grace & Gratitude: Live Fully In His Grace

Allah telah membuat banyak janji kepada anda, dan Dia bermaksud untuk menepati setiap janji itu. Walau bagaimanapun, dalam dunia sekarang ini, memanglah senang lupa akan kebaikan dan kasih kurnia Allah. Renungan 7 hari ini akan menolong anda mengingati kasih kurnia dan berkat-Nya yang kelimpahan melalui kandungan renungan, Firman Allah, dan doa renungan harian. Kajian ini dipetik daripada jurnal renungan 100 Days of Grace & Gratitude oleh Shanna Noel dan Lisa Stilwell.

More

Kami berterima kasih kepada DaySpring kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.dayspring.com/