Kasih Kurnia & Kesyukuran: Hidup Sepenuhnya Dalam Kasih Kurnia-NyaSampel
Berjalan Dengan Penuh Sukacita
Pernahkah anda berfikir bahawa, semasa Yesus berjalan di dunia ini, Dia berjalan dengan sukacita Bapa-Nya? Ya, semasa menghalau roh jahat, menyembuhkan orang yang sakit, berjalan, dan mengkhabarkan injil sehingga keletihan, Yesus dipenuhi sukacita. Sebelum Dia meninggalkan dunia ini, Dia berkata jika anda tetap bersatu dengan Dia dan mengerjakan tujuan-Nya untuk hidup anda, anda akan menerima sukacita-Nya juga. Sebenarnya, sukacita-Nya menjadi sempurna dalam anda. Maksudnya walau apa pun kerja atau cabaran yang anda hadapi, anda boleh mencapai dan mengatasi setiap satunya dengan sukacita-Nya yang sempurna.
Doa:
Bapa, terima kasih kerana kurnia ketakjuban dan sukacita-Mu. Penuhilah hati dan fikiran saya, peliharalah saya dan lindungi saya semasa saya berjalan dalam sukacita-Mu yang sempurna sepanjang hari ini. Amin.
Perihal Pelan
Allah telah membuat banyak janji kepada anda, dan Dia bermaksud untuk menepati setiap janji itu. Walau bagaimanapun, dalam dunia sekarang ini, memanglah senang lupa akan kebaikan dan kasih kurnia Allah. Renungan 7 hari ini akan menolong anda mengingati kasih kurnia dan berkat-Nya yang kelimpahan melalui kandungan renungan, Firman Allah, dan doa renungan harian. Kajian ini dipetik daripada jurnal renungan 100 Days of Grace & Gratitude oleh Shanna Noel dan Lisa Stilwell.
More