Kasih Kurnia & Kesyukuran: Hidup Sepenuhnya Dalam Kasih Kurnia-NyaSampel
Kasih Kurnia Daripada Limpah Kesempurnaan-Nya
Semasa menghadapi pergelutan – sama ada tragedi, penyakit, pengkhianatan, atau kesusahan – sifat manusia ingin memandang masalah itu dan melakukan perkara yang semula jadi: rasa bimbang, jengkel, atau membalas dendam. Namun, Allah memberikan satu pilihan lagi: mempercayai Dia. Apabila anda berbuat demikian, anda akan menerima kedamaian-Nya – kedamaian-Nya yang sempurna pada setiap waktu. Dia mengetahui semua perkara yang anda hadapi, dan dengan kekucar-kaciran yang berlaku di luar, anda boleh berjalan dalam kasih kurnia daripada limpah kesempurnaan-Nya dan kedamaian dalaman. Apakah yang akan anda serahkan ke dalam tangan-Nya hari ini?
Doa:
Bapa, terima kasih kerana Engkau berjanji untuk memberkati saya dengan kedamaian-Mu yang sebenar dan kekal, walau apa pun yang saya sedang hadapi. Amin.
Perihal Pelan
Allah telah membuat banyak janji kepada anda, dan Dia bermaksud untuk menepati setiap janji itu. Walau bagaimanapun, dalam dunia sekarang ini, memanglah senang lupa akan kebaikan dan kasih kurnia Allah. Renungan 7 hari ini akan menolong anda mengingati kasih kurnia dan berkat-Nya yang kelimpahan melalui kandungan renungan, Firman Allah, dan doa renungan harian. Kajian ini dipetik daripada jurnal renungan 100 Days of Grace & Gratitude oleh Shanna Noel dan Lisa Stilwell.
More