Kasih Kurnia & Kesyukuran: Hidup Sepenuhnya Dalam Kasih Kurnia-NyaSampel

Grace & Gratitude: Live Fully In His Grace

HARI 6 DARIPADA 7

Rahmat Selalu Baru Setiap Pagi

Bayangkan anda berbaring di katil pada waktu malam, menyelubungi diri dengan selimut, dan mengenang kembali hari anda – semua perkara yang anda harap dilakukan atau dikatakan secara berbeza. Ataupun, jiwa anda berasa muram kerana masalah yang menguasai anda. Anda mungkin berharap anda dapat menekan butang main semula dan mulakan semula. Anda boleh berbuat demikian. Dengan setiap pagi, kasih dan rahmat Allah menantikan anda dan bermula semula. Semalam dan kekesalan hari sebelumnya sudah berakhir, dan kesetiaan-Nya dan kasih-Nya masih bernyala dengan marak dengan setiap pagi yang baru.

Doa:  

Bapa, saya bersyukur dan lega kerana Engkau amat mengasihi saya, rahmat-Mu kelimpahan dalam hidup saya setiap hari. Amin. 

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Grace & Gratitude: Live Fully In His Grace

Allah telah membuat banyak janji kepada anda, dan Dia bermaksud untuk menepati setiap janji itu. Walau bagaimanapun, dalam dunia sekarang ini, memanglah senang lupa akan kebaikan dan kasih kurnia Allah. Renungan 7 hari ini akan menolong anda mengingati kasih kurnia dan berkat-Nya yang kelimpahan melalui kandungan renungan, Firman Allah, dan doa renungan harian. Kajian ini dipetik daripada jurnal renungan 100 Days of Grace & Gratitude oleh Shanna Noel dan Lisa Stilwell.

More

Kami berterima kasih kepada DaySpring kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.dayspring.com/