Kasih Kurnia & Kesyukuran: Hidup Sepenuhnya Dalam Kasih Kurnia-NyaSampel
Serahkanlah Bebanmu
Apakah yang membebani fikiran anda hari ini? Apakah yang menarik jiwa anda dalam pelbagai arah dan memenatkan anda? Kekasih, Allah mengetahui segala-galanya. Dia faham bahawa anda lemah dan berapa banyak yang dapat anda tanggung pada suatu masa. Itulah sebabnya Dia berjanji untuk menolong – Dia akan menanggung beban anda. Tiada had masa atau berat yang akan membuat Dia berkata, "Kamu sudah mencapai kuota kamu untuk hari ini." Kekuatan-Nya tidak terbatas, dan tiada masalah yang terlalu sukar untuk-Nya. Dia suka menolong dan menjaga setiap keperluan anda. Namun, anda perlu menyerahkan beban anda kepada-Nya terlebih dahulu, kemudian percayalah dan berharap dalam kesedaran bahawa segala-galanya berada di bawah kuasa-Nya.
Doa:
Tuhan, terima kasih kerana kasih kurnia dan kekuatan-Mu untuk membolehkan saya menghadapi hari ini. Saya menyerahkan beban saya kepada-Mu sekarang dan berharap dalam pengetahuan bahawa Engkau akan mengambilnya, dan Engkau menyertai saya. Amin.
Perihal Pelan
Allah telah membuat banyak janji kepada anda, dan Dia bermaksud untuk menepati setiap janji itu. Walau bagaimanapun, dalam dunia sekarang ini, memanglah senang lupa akan kebaikan dan kasih kurnia Allah. Renungan 7 hari ini akan menolong anda mengingati kasih kurnia dan berkat-Nya yang kelimpahan melalui kandungan renungan, Firman Allah, dan doa renungan harian. Kajian ini dipetik daripada jurnal renungan 100 Days of Grace & Gratitude oleh Shanna Noel dan Lisa Stilwell.
More