Kasih Kurnia & Kesyukuran: Hidup Sepenuhnya Dalam Kasih Kurnia-NyaSampel

Grace & Gratitude: Live Fully In His Grace

HARI 5 DARIPADA 7

Bersukacitalah dalam Tuhan

Bersukacita, berdoa, dan mengungkapkan kesyukuran adalah mudah apabila hidup berjalan lancar, tetapi bagaimana semasa bergelut untuk bangun? Yesus tahu anda akan menghadapi masa yang susah, dan penawar-Nya untuk roh yang lemas ialah pujian – bukan untuk pergelutan itu, tetapi kerana hadirat-Nya dan janji hidup kekal bersama dengan-Nya. Dia mengasihi anda. Dia telah mati demi anda. Semua itu merupakan sebab yang betul untuk bersukacita dalam Dia dan bersyukur walau apa pun. 

Doa:  

Yesus, saya bersukacita dalam-Mu sekarang ini dan bersyukur kepada-Mu dengan ikhlas kerana pengorbanan-Mu di salib demi saya. Saya sangat bersyukur. Amin. 

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Grace & Gratitude: Live Fully In His Grace

Allah telah membuat banyak janji kepada anda, dan Dia bermaksud untuk menepati setiap janji itu. Walau bagaimanapun, dalam dunia sekarang ini, memanglah senang lupa akan kebaikan dan kasih kurnia Allah. Renungan 7 hari ini akan menolong anda mengingati kasih kurnia dan berkat-Nya yang kelimpahan melalui kandungan renungan, Firman Allah, dan doa renungan harian. Kajian ini dipetik daripada jurnal renungan 100 Days of Grace & Gratitude oleh Shanna Noel dan Lisa Stilwell.

More

Kami berterima kasih kepada DaySpring kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.dayspring.com/