Memulakan Hubungan dengan YesusSampel
"Seterusnya?"
Menjadi seorang Kristian adalah tentang "hidup bersatu dengan" Yesus. Secara berterus-terang, anda memulakan kehidupan "ada" di dalam-Nya dan "tinggal" di dalam-Nya. Apakah maksudnya? Ia bermaksud anda ingin bertumbuh dalam hubungan anda dengan-Nya dengan membawa hati, jiwa, akal, dan kekuatan anda sepenuhnya ke dalam hubungan itu (Markus 12:30; Lukas 10:27).
Berikut adalah lima cara kita kekal "berhubungan" dengan Yesus Kristus:
Dalam hubungan dengan orang Kristian yang lain
Gereja adalah orang yang telah memasuki hubungan dengan Yesus, lalu, telah diampunkan oleh Yesus dan ingin hidup demi Yesus. Bertumbuh dalam hubungan dengan Yesus dibantu oleh penglibatan dalam gereja. Dalam gerejalah, dengan orang percaya yang lain, kita belajar, bertumbuh, menyoal, melayan, dan mencari serta menyembah Allah bersama-sama.
Dalam pimpinan Allah melalui pembacaan dan pengajian Alkitab
Apabila anda bertumbuh dalam hubungan anda dengan Yesus Kristus, anda akan mula belajar lebih lagi tentang Alkitab. Alkitab merupakan Firman Allah, dan ia merupakan salah satu cara yang terpenting di mana Dia telah menyatakan diri-Nya dan niat-Nya dan reka bentuk-Nya untuk hidup kita. Semakin banyak anda mengetahui tentang Alkitab, semakin banyak anda akan mengenali Allah sendiri.
Dalam perbualan dengan Allah melalui doa
Tujuan berdoa adalah sama dengan tujuan perbualan sengaja yang lain: untuk bertumbuh bersama-sama dalam hubungan yang bermakna. Ini bermaksud doa meliputi bilangan topik yang luas. Doa melibatkan perkongsian idea, mendengar, menyoal, meminta bantuan, menyatakan pendapat agar difahami, mengaku dan meminta maaf, bersyukur, atau menghabiskan masa bersama semata-mata.
Bertindak melalui pelayanan
Bertindak dengan melayan, mengambil berat, mengambil langkah ke arah orang bermaksud menyatakan semangat kasih Allah terhadap manusia, dan jugalah cara yang penting di mana anda akan bertumbuh dalam hubungan anda dengan Yesus. Mengapa? Kerana inilah yang dilakukan Yesus. Kata Yesus, "Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang" (Markus 10:45).
Menyatakan kasih untuk Allah melalui penyembahan
Penyembahan adalah penyataan penghargaan, kesyukuran dan kekaguman kita terhadap Allah secara sengaja. Penyembahan boleh dilakukan secara bersendirian atau dalam sebuah stadium dengan ribuan orang yang lain. Ia boleh berlaku dalam sebuah bangunan gereja ataupun di atas gunung. Penyembahan adalah penyataan sebenar dan ikhlas anda terhadap Allah.
Jika anda telah menikmati pelan ini dan ingin memenangi buku di mana ia dipetik, layari http://www.dccpromo.com/start_here/
Perihal Pelan
Adakah anda baru mula dalam iman baru dalam Yesus Kristus? Adakah anda ingin mengetahui lebih banyak tentang keKristianan tetapi tidak pasti apa—atau bagaimana—untuk bertanya? Mulakan di sini. Dipetik daripada buku "Start Here" oleh David Dwight dan Nicole Unice.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David Dwight, Nicole Unice dan David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/start_here/