Memulakan Hubungan dengan YesusSampel
"Siapakah Allah?"
Memahami beberapa perkara utama tentang Allah akan membantu anda apabila anda mula mengikuti-Nya. Marilah berbicara tentang empat sifat Allah:
Allah itu kekal
Allah menggunakan setiap perkataan yang wujud untuk menggambarkan diri-Nya sebagai di luar waktu: tidak berkesudahan, abadi, ada selama-lamanya, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang. Allah itu kekal. Kekal tidak bermaksud jangka masa yang amat panjang. Ia bermaksud "abadi". Ia bermaksud "di luar dimensi masa."
Allah bersifat relasional
Alkitab mengajar di banyak bahagian bahawa Allah wujud sebagai tiga peribadi bersama-sama dalam kesatuan yang sempurna. Ini dipanggil Tritunggal. Daripada tokoh Allah tunggal, Allah dalam Alkitab terdiri daripada Allah Bapa, Allah Anak (Yesus Kristus), dan Allah Roh Kudus. Mereka merupakan tiga peribadi yang berbeza, namun mereka wujud dan bekerja dalam keesaan yang sempurna.
Allah adalah sempurna
Allah tidak mempunyai kecacatan dan tidak pernah memerlukan pembaikan. Dia tidak menghadapi kekurangan—dari segi sifat, kesucian, pengetahuan, kuasa, atau keupayaan. Bertentangan khususnya dengan kita, Allah adalah sempurna dari segi moral. Alkitab menyatakan, "Allah adalah terang dan di dalam Dia sama sekali tidak ada kegelapan" (1 Yohanes 1:5).
Allah bersifat "maha"
Allah adalah maha hadir, Dia adalah maha kuasa, dan Dia adalah maha tahu. Perkataan ini bermaksud (mengikut urutan) Allah adalah "serba hadir," bahawa Dia adalah "serba berkuasa," dan bahawa Dia adalah "serba mengetahui." Dia berupaya berada di setiap tempat pada masa yang sama, Dia adalah berkuasa ke atas segala sesuatu, dan Dia mengetahui segala sesuatu.
Jadi, mengapakah semua ini penting?
Memahami kekekalan Allah memberikan kita harapan. Mengetahui bahawa Dia bersifat relasional bermaksud saya boleh berbual dengan-Nya. Mengetahui Allah adalah sempurna bermaksud bahawa meskipun pada masa saya tidak faham, saya boleh mempercayai Allah. Dan mengetahui bahawa Dia serba boleh, bahawa Dialah yang berkuasa, bahawa Dia tidak meninggalkan kita, dan bahawa segala sesuatu yang jahat akan ditewaskan.
Maka, siapakah Allah? Dialah yang mencipta anda, Dialah yang mengasihi anda di luar apa-apa yang dimimpikan, dan Dialah yang memberikan Anak-Nya, Yesus Kristus, untuk mati supaya Dia boleh memiliki hubungan yang kekal dengan anda.
Mengenali Allah mengubah pandangan kita akan orang—kita mula melihat mereka sebagai jiwa yang kekal, bukannya tubuh yang sementara.
Mengenali Allah membantu kita menghadapi kesukaran dalam cara yang berbeza. Mengenali Allah bermaksud kita tidak perlu rasa seolah-olah kehidupan adalah di luar kawalan.
Mengenali Allah mendasarkan kita pada kerendahan hati dan tujuan. Mengenali Allah membantu hidup ini menjadi masuk akal.
Perihal Pelan
Adakah anda baru mula dalam iman baru dalam Yesus Kristus? Adakah anda ingin mengetahui lebih banyak tentang keKristianan tetapi tidak pasti apa—atau bagaimana—untuk bertanya? Mulakan di sini. Dipetik daripada buku "Start Here" oleh David Dwight dan Nicole Unice.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David Dwight, Nicole Unice dan David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/start_here/