Memulakan Hubungan dengan YesusSampel
"Kapten yang Sebenar"
Salah satu cara untuk menggambarkan Yesus adalah sebagai penyelamat dalam suatu misi penyelamatan. Apabila Yesus mengatakan, "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup," Dia tidak mengatakan, "Akulah suatu jalan dan suatu kebenaran dan suatu hidup."
Soalan kita kepada-Nya adalah sama dengan soalan kita kepada kapten kapal terbang atau kapal yang dinaiki, kita ingin tahu "Adakah Engkau betul-betul kapten (Anak Allah)?"
Apabila kehidupan berkembang maju, secara beransur-ansur, ramai antara kita menjadi kurang berminat dengan soalan ini. Kebanyakan daripada kita rasa selesa dengan mendapatkan ruang letak kaki yang mencukupi atas pesawat sahaja. Dan kebanyakan daripada kita tidak menjalankan kehidupan dengan intensiti seolah-olah berada atas kapal yang sedang tenggelam. Namun, memiliki keyakinan dalam kapten adalah soalan yang utama dalam kedua-dua analogi.
Di atas kapal, kepercayaan (atau ketidakpercayaan) anda dalam kapten adalah amat penting. Demikian juga dengan Yesus. Sekiranya ia merupakan suatu misi penyelamatan, kita kurang cenderung berkata, "Saya boleh pergi ke mana sahaja yang saya mahu." Ya, anda boleh berbuat demikian jika mahu, tetapi jika Dia adalah betul-betul kapten, orang yang mengetahui semua nuansa kewujudan manusia, maka Dia betul-betul mengetahui jalannya.
Atau mungkin semasa anda mula menerokai apa yang dikatakan Alkitab tentang Yesus, anda mula menanya diri, "Adakah saya percaya bahawa Dia mengetahui jalannya?"
Jika anda sedang membaca pelan ini, anda mungkin sudah atau belum mencapai detik mengatakan ya kepada soalan ini. Ataupun anda mungkin telah mengatakan, "Ya, saya percaya. Tetapi saya masih mempunyai soalan." Jika itu adalah anda, kita menyertai anda dan sedia menemani anda. Terus menyoal. Soalan yang baik adalah cara kita bertumbuh. Keraguan dan ketidakpastian tidaklah luar biasa.
Namun, katakan anda bersetuju bahawa Yesus mengetahui jalannya. Jika itu adalah benar, soalan pertama anda mungkinlah, "Apakah yang perlu saya lakukan untuk berjalan mengikut jalan itu?"
Dan di sinilah Yesus mengejutkan kita. Dia tidak mengatakan, "Ikut ini." Kata-Nya, "Ikutlah Aku." Kapten kapal persiaran itu tidak menunjukkan kita kepada peta; Dia menunjukkan kita kepada diri-Nya. Yesus juga menunjukkan diri-Nya, dan Dia menjemput kita untuk mengabdikan diri.
Kitab
Perihal Pelan
Adakah anda baru mula dalam iman baru dalam Yesus Kristus? Adakah anda ingin mengetahui lebih banyak tentang keKristianan tetapi tidak pasti apa—atau bagaimana—untuk bertanya? Mulakan di sini. Dipetik daripada buku "Start Here" oleh David Dwight dan Nicole Unice.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David Dwight, Nicole Unice dan David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/start_here/