Memulakan Hubungan dengan YesusSampel

Beginning A Relationship With Jesus

HARI 1 DARIPADA 7

"Peraturan vs. Hubungan" Jika anda membuat carian pantas bagi definisi keKristianan, anda mungkin menemui sesuatu tentang "mengikuti ajaran Yesus." Itu memang benar—keKristianan adalah tentang mengikuti ajaran Yesus. Masalahnya adalah kebanyakan orang mengubah idea "mengikuti Yesus" kepada "mengikuti peraturan"—dan itu bukanlah maksudnya. Cerita dalam Alkitab menjelaskan bahawa maksud mengenali Yesus adalah untuk suatu hubungan, bukan peraturan. Semasa anda mula menerokai apa yang dinyatakan Allah tentang diri-Nya melalui Alkitab, anda akan menemui matlamat utamanya adalah menjalinkan hubungan berkasih dan komited dengan-Nya. Maka, mengatakan idea utama keKristianan adalah mengikuti pengajaran bersamaan dengan mengatakan idea utama perkahwinan adalah berkongsi bil keluarga. Bukanlah perkara yang kita harapkan dalam kisah cinta yang hebat! Perspektif peraturan lawan hubungan adalah pemisah besar yang membezakan keKristianan daripada agama yang lain. Di mana kebanyakan agama mengajarkan cara untuk "menjadi baik" adalah melalui amalan dan kepercayaan yang tegar, keKristianan bermula di tempat yang berlainan. Sejak awalnya, pengikut Yesus tidak dikenali kerana mengikuti peraturan atau "bersifat baik." Perkara yang menonjol—perkara yang berbaloi dinyatakan—adalah kenyataan bahawa mereka "selalu bersama Yesus" (Kisah Para Rasul 4:13). Mereka bukannya mengakui Yesus, bukannya mengikuti sistem kelakuan Yesus, tetapi mereka "bersama" Dia. Bersama-sama Yesus adalah perkara yang mengubah mereka daripada apa yang dipanggil Alkitab "orang biasa yang tidak terpelajar" kepada pemimpin yang gagah, berani. Itulah kenyataan yang sama, yang ditawarkan kepada kita apabila Yesus menjemput kita ke dalam hubungan dengan-Nya: untuk "bersama dengan-Nya."
Hari 2

Perihal Pelan

Beginning A Relationship With Jesus

Adakah anda baru mula dalam iman baru dalam Yesus Kristus? Adakah anda ingin mengetahui lebih banyak tentang keKristianan tetapi tidak pasti apa—atau bagaimana—untuk bertanya? Mulakan di sini. Dipetik daripada buku "Start Here" oleh David Dwight dan Nicole Unice.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David Dwight, Nicole Unice dan David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/start_here/