Memulakan Hubungan dengan YesusSampel
"Pelawaan"
Salah satu aspek iman Kristian yang paling luar biasa adalah hubungan dengan Yesus adalah sentiasanya suatu pelawaan. Ia tidak pernah dipaksa.
Ada sekali, seorang pemuda berlari ke arah Yesus, menanya tentang perkara yang perlu "dilakukannya" untuk memperoleh hidup yang kekal (Markus 10:17–22). Seperti yang kerap dilakukan Yesus, Dia membawa perbualan itu untuk membenarkan pemuda ini melihatnya sendiri secara jelas.
Maka, Yesus tidak menanya pemuda yang tekun ini sebarang soalan. Dia mula menyatakan hukum Yahudi, dan pemuda ini mencelah, "Ya, ya, saya telah menurut semua itu!" Namun, apa yang berlaku seterusnya adalah bahagian yang paling menarik. Markus 10:21 menyatakan, "Dengan penuh kasih Yesus memandang orang itu."
Yesus memandang. Dia tidak menyampaikan khutbah. Dia tidak menuduh. Sebaliknya, Dia memandang terus pada pemuda ini dan menumpukan seluruh perhatian hati dan fikiran-Nya padanya, mempelawanya untuk berhubungan.
Yesus mengasihi. Dalam pandangan inilah kasih terbentuk. Bukanlah ketaatan ketat pemuda terhadap hukum atau perbuatan baiknya. Yesus memandang dan mengasihinya kerana dirinya yang sedia ada.
Memang jelas bahawa pemuda ini menyukai idea Yesus dan ingin membuat pilihan yang baik. Namun, apabila Yesus membuat pelawaan berhubungan, Dia berbuat demikian dalam konteks komitmen sepenuhnya: "Pergilah jual segala yang kamu miliki; berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah Aku" (Matius 19:21).
Semasa Yesus memandang dan mengasihi pemuda ini, Dia mengetahui secara tepat apa yang Dia perlu tanya untuk mendedahkan hati sebenarnya. Dengan menekankan isu harta, Yesus menyentuh intipati isu individu tertentu ini.
Jadi Yesus memandangnya, mengasihinya, dan mengemukakan pilihan hubungan baginya. Namun, pemuda ini meninggalkan tempat itu. Inilah kejutan Allah. Allah memiliki segala kuasa dalam hubungan bersama setiap seorang daripada kita, tetapi dengan tidak disangka-sangka, Dia memberikan kita kebebasan mengatakan ya atau tidak kepada-Nya.
Ada kalanya orang mengatakan, "Jika Allah mahu kita semua berhubungan dengan-Nya, mengapa Dia tidak program kita terdahulu untuk berbuat demikian?" Tetapi kasih tidak boleh diprogram terdahulu. Jika kita dipaksa untuk mengatakan ya kepada Yesus, dipaksa untuk menjadi orang Kristian, ia bertentangan dengan sifat Allah dan tema pokok keKristianan—khususnya bahawa pelawaan Yesus adalah berdasarkan kasih, bentuk kasih yang paling murni.
Kitab
Perihal Pelan
Adakah anda baru mula dalam iman baru dalam Yesus Kristus? Adakah anda ingin mengetahui lebih banyak tentang keKristianan tetapi tidak pasti apa—atau bagaimana—untuk bertanya? Mulakan di sini. Dipetik daripada buku "Start Here" oleh David Dwight dan Nicole Unice.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David Dwight, Nicole Unice dan David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/start_here/