Memulakan Hubungan dengan YesusSampel
"Identiti Baru"
Hak menjadi anak Allah dimungkinkan oleh Yesus, dan berita menakjubkannya adalah disebabkan Yesus, kini Allah mengatakan perkara yang sama tentang kita, perkara yang dikatakan-Nya tentang Yesus. Bersedia untuk itu? Iaitu: "Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku" (Markus 1:11).
Disebabkan Yesus, Allah mengatakan perkara yang sama tentang anda, perkara yang dikatakan-Nya tentang Yesus. Dalam satu pernyataan ini, Allah memberikan kita bekalan pengakuan yang banyak bagi defisit identiti yang kita rasakan—keinginan yang mengigit-gigit dan mendalam untuk kekitaan, kasih, dan persetujuan. Perhatikan tiga unsur yang berbeza dalam pernyataan janji ini:
1. Engkaulah Anak-Ku ...
Apabila Allah mengatakan, "Engkaulah Anak-Ku," Dia mengaitkan diri-Nya dengan kita. Dia mengatakan bahawa Dia ingin berhubung dengan kita, bahawa kita adalah bersama-sama.
Hujah pertama bagi identiti baru ini adalah kita merupakan orang yang Allah berasa gembira untuk dikaitkan dengan-Nya. Kata-Nya, "Ya, itulah anak perempuan-Ku; itulah anak lelaki-Ku." Dia tidak pernah memisahkan diri-Nya daripada kita setelah kita menjadi anak-Nya. Agak mengangkat-angkat bahawa Dia adalah begitu baik hati, meskipun ada kalanya kita berkelakuan teruk!
2. Yang Aku kasihi ...
Kadang-kadang dalam hubungan keluarga, kita tidak selalunya menyukai satu sama lain, apatah lagi mengasihi satu sama lain. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang anda tidak suka, anda mungkin rasa, Ya, saya perlu mengakui bahawa dia ialah adik saya, tetapi saya tidak menyukainya.
Tetapi Allah bukan macam itu. Allah bukan sahaja mengatakan, "Ya, itulah anak lelaki-Ku," malah Dia mengakui, "Aku mengasihi anak ini. Dia menerima kasih sayang-Ku. Hati-Ku menyertainya dan adalah untuknya."
3. Engkau menyenangkan hati-Ku.
Allah mengakhiri pernyataan janji ini dengan menambahkan, "Engkau menyenangkan hati-Ku." Allah yang telah menempatkan bintang-bintang pada tempatnya mengatakan bahawa Dia rasa bangga terhadap anda. Bukan terhadap orang lain—tetapi anda.
Apabila kita bertumbuh dalam pemahaman kedalaman hati Allah terhadap kita, pengakuan ini mula memenuhi defisit identiti dalam jiwa kita secara perlahan-lahan. Segala sesuatu yang telah kita lakukan untuk mendapatkan pengakuan, untuk menjadi penting, untuk rasa penting, untuk dikagumi, untuk dipandang tinggi—kini, kita memperoleh jawapannya. Dan bukannya daripada manusia, bukan daripada benda material yang tidak memenuhi hati kita, bukan daripada gelaran atau kedudukan ... tetapi daripada Allah.
Perihal Pelan
Adakah anda baru mula dalam iman baru dalam Yesus Kristus? Adakah anda ingin mengetahui lebih banyak tentang keKristianan tetapi tidak pasti apa—atau bagaimana—untuk bertanya? Mulakan di sini. Dipetik daripada buku "Start Here" oleh David Dwight dan Nicole Unice.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David Dwight, Nicole Unice dan David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/start_here/