Mula Di Sini | Langkah Pertama Dengan YesusSampel

Start Here | First Steps With Jesus

HARI 15 DARIPADA 15

Kolose 4:17 | Menyelesaikan Perkara yang Dimulakan

Helo kawan-kawan. Hari ini adalah hari yang terakhir. Syabas! Anda telah menyelesaikan perkara yang anda mulakan - itu menunjukkan peribadi yang tinggi. Serius. Anda mungkin tertanya-tanya - apakah langkah seterusnya? Hari ini kita akan meninjau semula apa yang telah dipelajari, dan merancang langkah seterusnya.

Terdapat satu ayat pada akhir Kolose yang sesuai. Ayat 17: 

"Katakanlah kepada Arkhipus, 'Selesaikanlah tugas yang diberikan kepadamu untuk melakukan kerja bagi Tuhan.'"

Menarik. Kita tidak mengenali Arkhipus, dan kita tidak tahu tentang pelayanannya. Walau bagaimanapun, kita tahu ia adalah penting. Seseorang itu amat penting kepada Allah, dan panggilan Allah dalam kehidupan orang itu adalah penting kepada dunia mereka. Maka, Paulus memberitahunya, "selesaikanlah tugas." Selesaikan perkara yang telah anda mulakan. 

Itulah mesej saya kepada anda. Saya tidak mengenali anda secara peribadi, tetapi saya tahu anda adalah penting kepada Allah, dan saya tahu pelayanan anda akan membawakan perbezaan. Anda mempunyai tujuan dan panggilan - jadi, selesaikanlah tugas anda. Pertama, marilah kita meninjau semula. 

Perjalanan kita bermula dengan dua perkataan ringkas: "Ikutlah Aku" Itu telah menjadi cerita kita dari mula hingga akhir - mengikuti Yesus. Sepanjang jalan, kita melihat Yesus menyembuhkan orang yang sakit, menenangkan ribut, mengampunkan orang berdosa yang bedebah dan memulihkan orang sepenuhnya. Murid-murid-Nya terlibat dalam pekerjaan itu, demikian juga anda.

Dalam Markus 8, Yesus memanggil murid-murid-Nya untuk memberikan komitmen: 

"Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku"  (Markus 8:34).

Dan, murid-murid itu mengikuti-Nya. Daripada pemerintah muda yang kaya itu, kita mempelajari bahawa mengikuti Yesus bermaksud melepaskan pahala seperti wang dan kebanggaan. Kita juga mempelajari perintah terutama Allah: mengasihi Allah dan mengasihi orang lain. Yang terutamanya, kita menyedari betapa besar kasih Allah terhadap kita. Yesus memberikan nyawa-Nya untuk menyelamatkan kita. 

Ingat - kita tidak memperolehnya. Kita tidak membayar harga dosa kita, dan kita tidak menjadikan diri kita baik. Yesus mati untuk membayar harga sepenuhnya, dan Dia bangkit lagi untuk memberikan kita hidup baru. Kasih karunia. Tugas kita adalah menjalankan hidup yang sesuai dengan panggilan-Nya. 

Itu membawa kita kepada Kolose. Bagaimanakah kita harus hidup? Dua perkataan ringkas: ikutlah Yesus. Cuma kali ini, daripada mengikuti jejak-Nya, anda mempunyai Kristus yang diam dalam anda. Kini, Roh Kudus memimpin anda dalam kehidupan, apabila anda melenyapkan hidup yang lama dan menjadi manusia baru. 

Roh memberikan anda tabiat yang baruIngat - semua ini bukanlah kewajipan tetapi peluang. Ia merupakan tempat yang baik untuk memulakan langkah seterusnya:

Mulakan tabiat Alkitab. Tetapkan masa setiap hari untuk membuka Alkitab dan membaca. Kami mempunyai pelan bacaan yang baik dalam app Alkitab ini untuk membantu anda mula, dan saya suka pelan yang meneliti kitab Alkitab berasingan. Atau, anda boleh mulakan pelan ini sekali lagi. Jemputlah seorang kawan untuk menyertai anda kali ini. Ini membawa kita kepada…

Mulakan tabiat bersekutu. Berhubunglah dengan orang percaya yang lain. Kita dipanggil untuk mengasihi, dan itu memerlukan masa bersama-sama. Itulah tujuan gereja. Ingat, gereja bukanlah persembahan yang disaksikan, ia adalah suatu persekutuan. Maka, libatkanlah diri. Bersifat benar dan peribadi, luahkan isi hati anda, mengakui dosa anda, berdoa bersama-sama dan menemukan penyembuhan. Ia merupakan tempat yang baik untuk…

Memulakan tabiat melayani. Iaitu, pelayanan. Carilah peluang untuk membantu orang lain dalam cara yang mudah. Salah satu cara baik untuk membantu adalah…

Memulakan tabiat berdoa. Ingatlah bahawa doa bukan tentang mendapatkan apa yang diingini, ia adalah tentang mendekati Allah. Maka, bercakaplah secara terbuka, meluahkan isi hati anda, keperluan anda, dan berdoa untuk orang lain juga. 

Terdapat juga lebih banyak tabiat yang baru: tabiat membuat pengakuantabiat menjadikan murid. Walau bagaimanapun, jika ini mula rasa seperti senarai perkara yang perlu dilakukan, perlahankan diri. Ingat - ia bukan mengikuti peraturan, ia adalah mengikuti Yesus. Maka, jangan merumitkannya, tumpukan perhatian pada Dia, dan biarlah Roh memimpin anda. 

Ingatlah juga bahawa anda tidak dijadikan orang Kristian yang mematuhi piawai. Anda diubah dari dalam ke luar - dibaharui menjadi gambar yang dimaksudkan Allah. Contohnya: salah satu tabiat baru anda adalah memberi. Walau bagaimanapun, anda tidak memberikan wang untuk memperoleh mata daripada Allah. Anda memberi kerana Allah ialah pemberi, dan anda belajar menjadi murah hati seperti-Nya. 

Jadi, sudah tiba masanya untuk bermula. Pengembaraan menanti anda. Terdapat perjalanan dalam hidup dan perjalanan sepanjang Alkitab. Allah mempunyai kerja untuk anda, jadi selesesaikan apa yang anda mulakan. Namun, ia bukanlah kerja anda seorang sahaja, ia adalah kerja-Nya, dan:

"Aku yakin bahawa Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai pada Hari Kristus Yesus datang kembali" (Filipi 1:6). 

Ia bukan tentang menyelesaikan kerja anda sahaja, ia adalah tentang Allah menyelesaikan kerja-Nya dalam anda. Maka, hendaklah pandangan anda tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya "dari permulaan sehingga akhir" (Ibrani 12:2). Dialah yang memulakan ini - Dia akan menyelesaikannya. Ingatlah, anda tidak bersendirian. Dia tidak akan membiarkan anda ataupun meninggalkan anda (Ibrani 13:5). Kata-kata terakhir Yesus kepada murid-murid-Nya dalam injil Matius adalah:

"Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman" (Matius 28:20).

Renungan dan Perbincangan:

  • Apakah yang dimaksudkan frasa "Selesaikan apa yang telah anda mulakan" dalam hidup anda?
  • Filipi 1:6 memberitahu kita bahawa "Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai." Apakah maksudnya kepada anda?
  • Pemandu hari ini memberikan beberapa cadangan bagi langkah anda yang seterusnya. Apakah rancangan anda yang seterusnya?
Hari 14

Perihal Pelan

Start Here | First Steps With Jesus

Jika anda baru kepada Yesus, baru kepada Alkitab, atau sedang membantu kawan yang baru kepada kedua-duanya - Mula Di Sini. Sepanjang 15 hari akan datang, panduan audio selama 5 minit ini akan membawa anda langkah demi langkah meneliti dua kitab asas Alkitab: Markus dan Kolose. Ikuti cerita Yesus dan ketahui asas-asas mengikuti-Nya, dengan soalan harian untuk renungan individu ataupun perbincangan kumpulan. Ikut sekali untuk bermula, kemudian jemputlah kawan anda bersama-sama dan ikut-Nya lagi!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Through The Word kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://throughtheword.org